Monday 5 May 2014

Posted by Unknown On 07:49
Assalamualaikum wbt..

Buku nutrisi saya tertinggal di rumah..pae pae..ada saje barang yang tertinggal.Nanti minta mak simpankan..

Hati hati,saya teringat kawan saya namanya Nurul Hati,peminat setia Prince William,nama yang unik ,orangnya pun cantik.

Ada apa dengan hati?Hati ni organ yang sangat penting dalam system badan kita,namun di sebalik itu,fungsinya lebih dari itu.Kalau baik hati,baiklah seluruhnya,tanpa hati yang beriman,punah dan hancurlah segala-galanya.

Saya teringat beberapa hari yang lepas,sedang memandu balik dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur,sepanjang lebuh raya,hati saya terdetik,patutlah Prof Dr Muhaya,ustaz,dengar Dr.Fadzilah Kamsah,selalu cakap maafkan saja semua orang,maafkan semuanya.Nak buat tu,bagi saya sukar.Pada permulaan hati saya ni,kalau di kenang-kenang,boleh saya katakana tak nak maafkan orang yang menyakiti saya sampai mati.Rasa sesak bila jumpa terserempak dengan orang tu,hati macam di tusuk2 sembilu bila mengenangkan orang yang di benci.Kan tak tenang tu..betul x?

Semua tu sebenarnya hidayah dari Allah,selalu zikir,baca banyak-banyak zikir,ayat Quran,bukan setakat pagi je baca,baca pagi,petang,sebelum tidur,dengar video motivasi,muhasabah diri,rasenya tenang sangat,masya Allah,tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata betapa indahnya rasa itu.Hati rasa lebih senang dengan memaafkan dan melupakan segala hal itu.

Cuba bayangkan jika esok kita dah nak di jemput Allah,adakah dendam,kebencian itu yang menjadi keutamaan.?Tidak bukan?kalau tak boleh nak maafkan,jangan memaksa diri,tapi cuba dekat pada Allah,cuba dan sentiasa cuba.Allah Maha Penyayang..Insya Allah,hati kita ni akan jadi lembut,tenang..

Selamat malam semua.Sesungguhnya segalanya hanyalah pinjaman dari Allah sahaja.Kita ni tiada apa-apa..

Saya bukan ustazah,bukanlah orang yang memang paling baik,tapi saya sedang berusaha memperbaiki diri,saya sedang berusaha menjadi orang yang baik,niat saya hanya sharing hal2 yang baik utk diri saya dan utk sahabat-sahabat saya.Tiada niat langsung untuk menegur salah silap sesiapa kerana diri sendiri terlalu banyak hal yang nak diperbaiki.

Selamat malam...