Tuesday 24 December 2013

Posted by Unknown On 23:22
Assalamualaikum.. Dah bertahun rasanya saya meninggalkan dunia blog..Hari ini saya mulakan kembali keraan Shaklee!! Alhamdulillah minggu lepas saya mula mengambil langkah pertama dengan memulakan bisnes shaklee dengan niat untuk menambah baik kehidupan saya kepada yang lebih baik dan lebih bermakna ,Inshaa Allah. Kenapa saya memilih Shaklee?? Saya sudah mulakan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi, atas dasar minat. Ayah saya sendiri mencari nafkah dengan berniaga, begitu juga emak, nenek dan ibu saudara saya.Namun tidak terlintas langsung untuk saya memulakan perniagaan dengan Shaklee, atau apa jua nama-nama bisnes yang lain. Masa di bangku sekolah, saya mulakan bisnes menjual t-shirt, barang-barang perhiasan wanita seperti cekak rambut, getah rambut dan kerongsang. Idea itu datang daripada kawan baik saya, Wan Nazuwa Abdullah dan Farhana Munirah. Pada ketika itu, t-shirt kasut dan billabong sangat 'glamer' di kalangan remaja.Pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi saya. Masa kat UiTM pula, saya, Fina dan Sue memulakan perniagaan sewa troli di asrama. Kenapa sewa troli? Setiap penghujung samester, kami mesti membawa balik barang-barang ke rumah, tidak di benarkan menyimpan di asrama.Kadang-kadang saya pelik juga, duduk satu samester sahaja, tapi barangnya macam duduk 1 tahun, macam dah tak nak balik ke rumah. Dari bilikl untuk ke lif, jaraknya agak jauh, bergantung pada jarak bilik anda. Kami hanya 3 orang sahaja, jika di campur dengan jaja,kak E dan Qilah pun, banyak mana sangat tenaga kami untuk mengangkut semua barang-barang kami. Pada suatu hari, kami tengok ada orang bawa troli untuk mengisi barang, kami pun terlintaslah di hati nak meminjam. Tapi malu pun ada, tak kenal, tak terluah kata-kata nak meminjam,risau takut-takut tak di beri. Akhirnya kami ambil keputusan beli sendiri dan sewakan pula troli itu pada sesiapa yang nak meminjam dengan bayaran RM2 untuk 1 jam..WOW!! Sambutan yang luar biasa hebat... Kisah seterusnya tentang Shaklee...Mungkin sudah faktor usia, rasa tak terlarat pula saya..KIta sambung lagi pada entry seterusnya.. Saya sudah join Shaklee..Anda Bila Lagi? Whassup & sms : Faizah :017-6794584

0 comments:

Post a Comment