Tuesday 29 April 2014

Posted by Unknown On 01:56
Assalamualaikum wbt..

Dulu,saya pernah kena begini dengan seseorang yang baik dengan saya,yang boleh dikatakan orang bawah saya,tiba2 saya di marahi di hadapan khalayak ramai,kalau nak ikutkan saya yang patut marahkan dia,tetapi sebaliknya yang berlaku.Saya berasa sedih dan sangat kecewa,pelbagai rasa yang saya hadapi.Hari-hari saya payah sekali, kerana nak atau tidak,terpaksa saya lihat muka dia.

Dan kisah ini tersebar dan saya sendiri tidak tahu apa pandangan orang pada saya.Tapi kata Prof Dr.Muhaya,jangan pedulikan kata orang,tapi pedulikan kata Allah.Setelah ia berlalu,dah lama ia berlalu,apabila saya fikir-fikir balik,saya berterima kasih padanya sebab di sebabkan peristiwa itu saya telah terselamat untuk beberapa perkara.

1.Saya sudah tidak lagi bersama kumpulannya.Hanya sekadar senyum dan tidaklah terlalu rapat.Saya tidak lagi mengumpat,tidak lagi mencari gossip hangat untuk dibincangkan..Ya Allah,saya telah terselamat dari dosa.

2.Saya mula merenung kembali,adakah saya pernah melakukan hal itu kepada orang lain?Jawapannya ya,kepada pekerja indon,di dalam proses..Sekalipun dia pekerja,dia tetap seorang manusia yang punya hati.Masya Allah.

3. Saya mula merenung kembali pergaulan saya dengan orang ramai,dengan kawan2 sekerja dari department lain,proses lain,saya merasakan suasana ketengangan dan stress itu mempengaruhi saya untuk tidak bertindak dengan sebaiknya.Alhamdulillah,saya mula berubah dan cuba untuk tidak membiarkan persekitaran mempengaruhi saya.

4.Saya mula dekat pada Allah.Hati secara automatik menjadi tenang,rasa senang,sebenarnya perasaan bencikan orang ni sangat menyakitkan.Tiada ubatnya.Kebencian itu seperti racun dalam diri.Kita akan rugi sahaja sebenarnya.Saya bercakap melalui pengalaman..Nak memaafkan memang payah jika tanpa cahaya hidayah dari Allah.

5.Saya mula memikirkan hidayah yang kita dapat ni salah satunya dari doa ibu bapa ,sahabat,adik beradik kita tapi jangan lupa,mungkin orang yang kita anggap musuh,orang yang kita benci,dialah yang mendoakan kita..


Maka,cuba dan cuba mendekatkan diri pada Allah.Jangan tinggalkan Al-Quran walau 1 ayat dalam 1 hari..Cubalah,rasa magik sekali..

Monday 28 April 2014

Posted by Unknown On 07:38
Kisah Jenaka Suami Isteri

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..

" Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "

*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2.


Kita gelak sekali sekala..boleh?
Posted by Unknown On 07:21
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini saat ini saya sudah mula mendapat semula rasa saya yang kosong tu..Alhamdulillah,dengan izin dan rahmat-Nya..

Saya yang dulu,saya rasakan agak berbeza dengan hari ini.Saya yang dulu banyak hal2 positif dalam diri saya.Ada sifat negative,ianya boleh saya katakan sedikit sahaja.Namun segala-galanya berubah setelah memasuki alam pekerjaan yang penuh cabaran dan dugaan,dunia sekeliling yang berbeza daripada alam persekolahan,alam university,kawan-kawan yang berbeza dan komuniti yang berbeza.
Namun,seperti kata Prof Dr.Muhaya,kita tidak boleh menyalahkan suasan persekitaran kita,kita yang perlu menjadikan suasana itu yang mengikut kita,bukan kita yang berubah.Jadi sebenarnya persediaan mental dan fizikal itu juga penting.Namun saya tidak sekali kali menyesal.Segalanya itu adalah pelajaran kehidupan yang Allah berikan kepada saya.Alhamdulillah.

Sejak 2 menjak ini saya mula mengubah diri saya untuk ke arah yang positif.Saya merasakan tidak mudah,hati saya terasa positif.Ya Allah,terasa sukar,setiap kali saya berasa begitu,saya cuba berulang kali mengingatkan bahawa hidup ini adalah perjuangan,kita ini askar yang berjuang,adakah kita mahu menyerah kalah sebelum berjuang?Jadi,,untuk mengekalkan rasa positif saya itu,saya cuba menulis status yang baik2 di fb samaada saya ambil daripada bahan pembacaan saya ke,daripada video Prof.Dr.Muhaya ke,daripada group wassup saya cuba tulis dalam fb adalah untuk diri saya sendiri,supaya meresap perkara yang baik itu dalam diri sebelum memulakan hari saya,ia adalah sebagai doa saya dan saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan saya tentang hal2 kebaikan.Bukanlah saya nak mengatakan saya ni pandai,saya nak menegur orang,tidak sama sekali.Siapa lah saya,hanya seorang hamba yang banyak menzalimi diri sendiri.

Setiap hari saya cuba mendengar video dari Prof Dr.Muhaya agar sentiasa otak mendengar hal2 yang baik-baik,bukan hal yang sebaliknya kerana jiwa sendiri pun ada sikit2 hal yang negative itu,kalau boleh saya tidak mahu ke arah haluan kiri.Biar hati saya terus bergerak ke laluan kanan.Biarlah hari ini lebih baik dari semalam.Jika semalam kita ni jahat,kita sombong mungkin,kita banyak mengumpat..biarlah hari ini kita tinggalkan semua itu.Biarlah apa orang kata,kita tak perlu ambil kisah,yang penting kita fikir apa yang Allah kata tentang diri kita.

Wallahu'alam.

Friday 18 April 2014

Posted by Unknown On 10:06
Tadi saya melihat video mascel Master Farihah..Rase macam nak menangis.

Sebab masa naik tangga tadi saya terfikir..Arrrgh..malas dah buat bisnes Shaklee ni.Susah.Jual tudung lagi senang lah..Tunjuk terus orang mau.Tak yah malu2.Tak yah berbuih2 mulut nak cter pasal best makan vitamin..Saya baru fikir macam tu.Saya lupa sekejap kenapa saya join Shaklee.Apa tujuan utama saya?
 
Saya tak suka masuk MLM sebab saya tak reti nak promote2,tak reti nak suruh orang masuk jadi downline,tak nak paksa-paksa orang.Macam mana saya boleh masuk Shaklee?

Allah bukakan pintu hati saya.Saya menangis mengadu pada Allah,berikan saya peluang kedua supaya berjaya dalam hidup saya.Ia sukar untuk saya ceritakan di sini,tetapi saya berazam akan menulis kisah hidup saya apabila berjaya agar menjadi sumber inspirasi pada orang lain.Ianya sangat sukar..Allah bukakan pintu hati saya join Shaklee ni.

Kenapa nak buat bisnes Shaklee?

1.Sebab saya terasa berdosa kerana selalu terkejar-kejar untuk solat time kerja.Kadang-kadang saya terpaksa mendahulukan manusia daripada Allah.Sebab apabila habis waktu rehat 40 minit,kalau terus pergi surau,ada bos yang tak membenarkan.sebab kononnya kita nak curi lebih masa untuk rehat.Apabila kita tak terus solat,bila ada perkara urgent,memang diorang nak time tu jugak.Bos-bos bukan muslim. Tadi saya nak pergi makan tea break pun advisor Jepun saya,hempas mouse marah,sebab saya tinggalkan kerja untuk pergi makan.Jadi saya nak cari punca pendapatan lain yang membolehkan saya boleh beribadah pada Allah dengan tenang.

2.Saya nak menggembirakan hati mak dan ayah saya.Saya nak bagi mereka wang 4 angka setiap bulan.

3.Saya nak tolong saudara seagama saya di Palestin,di Gaza.Saya nak cari banyak wang.Kalau saya sendiri tak punya banyak pulus,bagaimana saya nak hulurkan nilai yang besar untuk mereka.Saya hulurkan untuk tabung palestin,tapi saya nak bagi lebih banyak,lebih besar nilainya.

3.Bukan sebab nak tolong saudara saya di Palestin sahaja,tetapi juga di Malaysia..Ini pencen kubur saya.Bila berkerja sahaja,dulu saya tak pernah amik pusing apa yang berlaku pada sekeliling.Dulu saya anti fb,lagilah saya tak tahu langsung apa maklumat terkini.Saya tak fikirkan tentang hal-hal yang lain.Saya lupa saya lupa.Saya jadi katak bawah tempurung.Saya tak rasa pun nak bantu orang lain.Saya hanya dengan dunia saya sahaja.

4.SEBAB YANG PALING BESAR ADALAH  SAYA NAK BERHENTI KERJA.SAYA NAK BUAT SESUATU YANG SAYA MINAT,YANG SAYA SUKA,SAYA NAK LEBIH MASA UNTUK SAYA BERIBADAH,UNTUK MAK AYAH SAYA,UNTUK ADIK-ADIK SAYA,SAYA NAK NILAI DALAM KEHIDUPAN SAYA ,SAYA NAK BANTU ORANG LAIN.Saya dah tak nak kerja bawah telunjuk orang,bersembah pada orang,bergaduh dengan orang pasal kerja,kena maki pasal kerja,menangis pasal kerja.Life is too short.Saya nak hidup dengan lebih tenang.Kalau sudah berumah tangga,saya nak banyak masa bersama anak-anak dan keluarga saya.Itu adalah impian saya.Kalau saya dah bergelar isteri,saya nak masak untuk suami saya,saya nak sambut dia balik dari kerja.Kalau lah kerja saya sekarang ni,masa untuk diri saya sendiri pun saya tak sempat,tak ada masa,penat,saya tak mahu beremosi kerana penat.

Adakah anda mahu bersama-sama saya dalam mencari nilai dalam kehidupan?
Adakah anda mahu mengubah kedudukan anda dari yang biasa-biasa kepada jutawan?
Adakah anda ingin menjadikan bisnes ini adalah medium untuk ada berasa dekat dengan Allah s.w.t?
Adakah anda ingin memperbaiki hati dan jiwa anda?

Jawapannya ada di Shaklee kerana anda akan jumpa ramai jutawan islam yang hebat di sini..saya mahu mengikut mereka.Anda bagaimana?


Hubungi saya untuk membantu anda..

017-6794584
Posted by Unknown On 08:55
http://www.youtube.com/watch?v=vwXzXpmwFG4&feature=player_embedded

Telan lecithin 3 biji,lepas try workout aerobic cardio..Alahai..5 minit dah pancit..camno ni?hahaha..tak pe,mula2 5 minit,lepas tu up sikit2,sampai boleh buat 30 minit sehari..

Tak ada masa nak pergi jogging kat manjalara,tak ada masa nak gi aerobic kat taman manjalara,buat dalam bilik senang juga,nak berguling2 ke,lompat katak ke,lompat bintang ke,pusing2 ke,semua boleh..xde orang nampak..hahahaha..tak tau nak wat cam na?search aerobic video kat you tube..ada banyak..follow ...je instructor tu buat..jangan malu..dia tak nampak pun awk..hahahaha..kalau pergi aerobic malu juga,kalau keras je pergerakkannya,lagi lah rase malu kalau instructor tu yang menegur.Ini pengalaman saya sendiri lah.Sekali je pergi kelas aerobic,lepas tu babai..

Lecitihin boleh membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak kalau kita aktif atau banyak bergerak..Kalau stay pasif je,duduk je kat opis,lambatlah sikit proses pembakaran lemak..Ini fakta.tak ada kata kat sesiapa ye..Saya pun sama 2,3 minggu ni,sebab kena buat workflow,tak banyak sangat turun naik tangga utk pergi proses,memang x bergerak sangat..
 
Raya dah dekat..

 Teringin juga kelihatan langsing di Aidilfitri..

mohlah kita sesame cantik dan sihat di hari raya..start lah sekarang exercise.Kalau bulan ramadhan nanti,kita kena buat banyak ibadah,tak bersenam dah masa tu..

Nak sihat tak?
Nak tak suami puji (untuk yang sudah berumah tangga),jangan harapkan orang lain puji..menggembirakan hati suami tu pun dapat pahala.Kan suami tengok orang lain awk marah pulak..hihi..biar suami cemburu kalau orang tengok awak..tu tandanya sayang.

Yang bujang macam saya pula,jangan pasang niat nak lelaki pandang pula,berdosa pula..Pasang niat untuk sihat,untuk kuat,untuk cergas,untuk senang beribadah pada Allah,kalau sakit,kalau malam asyik makan je,macam mana nak bangun solat tahajjud malam2?berat nak bangun..sakit ada macam2..
saya pun tak kata kat orang lain,saya pun duk marah diri sendiri juga,supaya berdisiplin sikit.Ada hikmah tak berumah tangga awal,perancangan Allah itu yang terbaik.Allah bagi peluang dulu kat kita supaya buat ibadah banyak2,kumpul wang dulu,tolong orang lain dulu,Dia yang lebih mengetahui segala-galanya.Mungkin kita lihat orang lain berumah tangga awal,ada anak,ada suami,kita rase sedih,rase cemburu,kenapalah aku tak macam tu..Tak yah piker lah semua tu,itu yang terbaik untuk dia,untuk kita mungkin tidak baik,banyak mungkin mungkinnya.Hanya Allah yang Maha Mengetahui..Bersabarlah dan Redha..Allah nak kita banyak berdoa,nak banyak mengadu pada dia.So,think positif my friend.

Sesiapa nak ikut saya aerobic cardio setiap hari di rumah? Jom...

Wednesday 16 April 2014

Posted by Unknown On 10:02
Cerita tentang lawas ni,teringat pula kisah di toilet beberapa minggu yang lepas..
Saya keluar dari tandas dan mencuci tangan.Tiba-tiba masuk tergopah gapah seorang kakak kat tempat kerja saya..Kawan dia Tanya,

"kenapa tu mah(bukan nama sebenar)?
"Aku sakit perut la"

Gedegunggg..bunyi pintu toilet terhempas..Dalam hati agaknya betul-betul tak tahan tu..Nasib baik masa tu bukan krisis air..

Tiba - tiba dengar  dia mengerang..heeermmm herrrrrmm heeerrrrghh..makin lama makin kuat..Kawan dia gelak-gelak lah kat luar..

Sahabat-sahabatku sekalian,tak perlu buat begitu..Dahlah penat duk dalam toilet,kadang-kadang panas...sakit pulak tu.Kalau lagi parah,sembelit boleh menyebabkan buasir..Lagi susah kalau dah kena,nak berjalan sakit,nak berkerja tak selesa..Kalau tak kena buasir pun kak,nak buang air besar dah lah susah,dah keluar,sakit pulak bontotnya..

Biar saya bantu anda.Saya menyarankan alfalfa dan herb-lax untuk melawaskan pembuangan dan membaiki system penghadaman anda..Harga memang sangat berbaloi dengan pelbagai khasiat vitamin yang anda makan.

Alfalfa
 
 
Apa kebenda alfalfa ni?

Alfalfa ni sebenarnya sejenis tumbuhan.Nama saintifik alfalfa ni adalah Medicago Sativa..
Shaklee memang tanam alfalfa ni secara organik,yang bebas dari pestisid,herbasid dan menggunakan Baja kompos (Baja yang bebas dari bahan kimia)..

Apa yang ada dalam alfalfa ni sebenarnya?
Alfalfa ni memang dikenali sebagai makanan yang paling kaya dengan nutrisi dan zat galian..Paling kaya tau,kaya bukan hanya duit saja.Kenapa pula kita kata ianya paling kaya?
Maunya tidak,ia membekalkan nutrient yang mana kebanyakkannya tidak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.Di dalamnya ada:

1. Protin
2.Asid Amino
3.Klorofil
4.Serat
5.15 zat galian
6.10 vitamin
7.8 enzim
8.fitokimia.

Kalau kita ambil 10 biji alfalfa sehari,ianya dah menyamai segelas susu..

Apa khasiatnya?Kata kaya..kalau manusia banyak wang,kalau vitamin ni ada apa pulak?

1. Mencuci hati,darah dan usus..
Kalaulah darah kita banyak toksid,boleh bagi kesan pada muka,jadi bengkak ke,keluar jerawat ke,kalau lagi parah,kena cuci darah ni di hospital,lagi lah leceh.Duit confirm2 dah kena keluar,kalau hospital kerajaan kita kena berkorban masa lagi,cuti,kerja,badan pun penat menunggu.

Macam mana ia boleh cuci2 semua tu?
Alfalfa ni adalah makanan  sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid,menghilangkan toksin dari badan,membersihkan hati,kolon,darah  dan mecantikkan kulit dan otot.

2.Melawan alahan
Membaiki keadaan kulit dan hidung sensitive,kurap,bau badan  dan ulat air secara berkesan.

3.Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Membaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung,hyperacidity, ulser,gastrik dan sembelit.

4.Menyingkirkan lemak dan kolestrol
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak,mengurangkan kolestrol,mencegah penyakit jantung,strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin,seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

5.Melawan Tumor
Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalian badan,dengan itu membaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

6.Melegakan keletihan dan sebagai rawatan pelbagai penyakit

7. Mencegah/Merawat Atritis
Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

8.Boleh dijadikan teh herba untuk mengecutkan buasir..

waduh-waduh..banyaknya khasiatnya adik sayang. Boleh tahan 4-5 bulan,harga memang berbaloi2..
Kalau dah sakit,banyak yang perlu kita tanggung.Beringat sebelum kena.Tak rugi pun kalau kita melabur sedikit untuk kesejahteraan kita di masa hadapan..Bukan takat boleh lawaskan pembuangan,kita pun dapat juga BANYYAKKKKK khasiat yang lain..

Macam mana boleh kurang berat pula?Kalau system penghadaman kita dah ok,kita makan pun tak banyak,cepat kenyang..lemak pun berkurangan ..insya Allah..Tapi tak leh lah ngelat makan vitamin,dan x blehlah mengeluh sebab nak kesan cepat..Ni bukan ubat kurus..ni vitamin.Jadi sabar dan telan saja kalau mau sihat,mau berat turun..

Herb-Lax

Cu cter cu cter..



Dalam herblax ni,semuanya daun-daun..dalam erti kata lain,semuanya herba..
Ada alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark, licorice root,fennel seed dan culver's root..

Manafaat utama

1. Pembersihan Najis tersumbat
2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh kita.
3. Membantu masalah sembelit
4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semula jadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung nya membantu masalah sembelit.
5. Mengempiskan perut
6. Ia membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut..

Waaaaah..banyak sungguh khasiatnya..Sanggup ke nak duk lama-lama dalam tandas..sakit pulak tu..Apa salahnya melabur untuk kesihatan sendiri.Keluarkan wang kecil,tapi hasilnya...wang besarrrrr!!!Kalau beli baju mahal-mahal,banyak-banyak,lama2 jadi buruk atau kita tak pakai,tapi takkan lah beli vitamin yang memang boleh dikatakan berbaloi dengan hasil,lebih berbaloi rasanya,mau berkira?Fikir-fikirkanlah semua..

Benarkan saya membantu anda..
paefaizah
017-6794584

Thursday 10 April 2014

Posted by Unknown On 08:56
Assalamualaikum dan selamat malam..

Dua tiga hari ni saya rasa semacam blank saje.Kerja pun terasa hilang arah..senang kata LOST..tanpa ketua yang berdedikasi..(ketua dah resign..:(

Macam-macamlah yang saya fikirkan..Dan hari ni balik cepat.Alhamdulillah,dapat pergi ke Masjid Manjalara.
Terasa kosong,langkah longlai menuju ke masjid.Fikiran kosong.Memikirkan terlalu banyak perkara,tentang kehidupan sendiri,kadang-kadang terpancul muka kawan-kawan..Namun,tadi dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa berfikir apa-apa..Segalanya aku memohon pada-Nya.

Alhamdulillah,terasa semacam ada aura baru yang menyelinap ke dalam tubuh.Terasa begitu segar dan bertenaga,terasa minda benar-benar segar,tenang..Masya Allah..Terima kasih Ya Allah..Serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa..Bersangka baik sekalipun kita terasa kehidupan kita tak seindah orang lain yang kita fikirkan,kerana Dia Lebih  Mengetahui Akan Segalanya..
Dekatilah Allah,basahilah bibirmu dengan zikrullah,sesungguhnya itulah ketenangan yang nyata..

Wednesday 9 April 2014

Posted by Unknown On 09:17
Ini petanda sudah berumurkah saya?Entah mengapa beberapa hari ni macam blank..macam kebingungan.

Dulu bila menulis rasa idea mencurah-curah,rase apa yang ditulis memang dari hati.Sekarang ianya sudah tidak sama lagi..Sudah tuakah diriku ini?Patutnya semakin tua,semakin berisi,banyak pengalaman yang kita dapat..

Apa nak di bicarakan pada malam yang indah ini walaupun tanpa air..
Banyak sungguh dugaan 2014 ini,silih berganti melanda dunia,melanda Negara,dan juga dugaan-dugaan hidup kita..

Sabar dan redha dengan ujian-Nya.
Jangan pernah berputus asa selagi hayat kita di kandung badan.
Ianya tidak mudah,namun ia tidak sukar jika kita fikirkan yang positif dan terbaik..Insya Allah..


Selamat malam semua..Semoga hari esok membawa 1001 kebahagian untuk kita semua..Aamiin..

Tuesday 8 April 2014

Posted by Unknown On 09:16
Ostematrix...

Apa kebenda ostematrix ni?Tak penah dengar pun??? Meh saya nak cter sat ni..
Ostematrix ni salah satu HOT STUFF Shaklee..Apa yang best sangat ni?
Memang best pun,sebab...bulan ni adalah promosi ostematrix..Beli 6 percuma 1 botol..


Ini bukan sebarang botol..Kalsium ni banyak khasiatnya.Tapi janganlah kita baru nak ambil berat bila kita dah jatuh sakit..Lebih baik mencegah dari mengubati. Tulang adalah kerangka yang menyokong berat badan dan menyokong organ utama seperti jantung, hati,paru-paru dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas..Cuba bayangkan, kalau kita terseliuh sikit pun,sakitkan,tak boleh berjalan dengan baik,kalau ada tulang patah ke,sengsaranya Allah saja yang tau..Kalau tulang rapuh seluruh badan,..mau ke..Jauhkanlah semua tu.Semoga kita dapat pelihara nikmat tulang yang Allah bagi ini dengan baik sehingga ke akhir hayat.

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


Siapakah yang perlukan Ostematrix ni?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu yang nak BOOST susu
  • Sahabat2ku yang belikan pada mak dan ayah mereka
  • Suami yang belikan untuk isteri
  • Beli untuk diri sendiri sebelum sakit pinggang atau sakit lutut
  • Ahli sukan yang sentiasa bersenam..
Kenapakah ibu hamil perlukan Ostematrix ni?

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain, kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
 
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
 
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
 
Jika para suami sayangkan isterinya,sediakan keperluan kalsium yang mencukupi untuk si isteri..Untuk anak-anak yang sudah besar,beli lah hadiah ostematrix ni pada ibu,betapa susahnya ibu mengandungkan kita dulu..
 
Salam sayang..
Nanti kita bersambung lagi tentang Ostematrix ni..Banyak lagi nak cerita tentang kepentingan kalsium kepada manusia dan keistimewaan ostematrix ni..
 
pae faizah
017-6794584
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 




Monday 7 April 2014

Posted by Unknown On 07:47
Alkisah seorang lelaki Islam ponteng solat Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.
 
Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah.Harimau ...tadi terus menghambatnya, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi."Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng solat Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yang memburu aku, seekor harimau yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..
 
"Tiba-tiba guruh berdentum! Harimau tersebut tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit ...Harimau tersebut pun berdoa: "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin

Saturday 5 April 2014

Posted by Unknown On 00:53

Ini adalah salah satu artikel dalam majalah rapi bulan April ini..Waahh..dah lah tak bersenam,gaya hidup tak aktif,makan pulak sesuka hati dan tidak mengambil sebarang supplement ataupun vitamin...Yang kita harapkan adalah produk pelangsingan yang boleh bagi kita magic..kurus dalam sekelip mata..Apa yang penting sekarang ini?

  • Kurus dan cantik
  • Kurus dan sihat
  • Kurus,cantik dan sihat..
Mana satukah pilihan anda.Jadi produk yang anda pilih anda perlu tahu dan faham fungsinya,isi kandungannya serta halal dan haramnya..Jangan di sebabkan niat kita baik untuk turunkan berat badan tetapi perkara sebaliknya yang berlaku..Itu selingan sahaja.Mari kita lihat beberapa fakta dan kajian yang telah di laksanakan oleh Kajian Pemakanan Dewasa di Malaysia (MANS) dan juga Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2011) mengenai aktiviti fizikalyang di lakukan oleh rakyat Malaysia.

Kajian Pemakanan Dewasa di Malaysia (MANS) telah menunjukkan hanya 1 daripada 6 orang dewasa yang cukup bersenam..Nak tahu tak berapa jam sehari kita ni menjadi aktif?

  • 10 jam sehari hanya duduk
  • 8 jam sehari kita berbaring atau tidur..
Habis tu berapa jam pula kita berjalan?Haha..kita  HANYALAH MENGGUNAKAN 4 JAM sehari untuk aktiviti berintensiti rendah seperti berdiri dan aktiviti peribadi,manakala hanya 2 jam sehari kita habiskan untuk berjalan,naik tangga dan bersukan..Ayoyoyo..macam mana kita tak gemuk ?Macam manalah berat bdan kita tak turun?

Kajian kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2011) juga mendapati bahawa..

  • Wanita tidak aktif berbanding lelaki
  • Masyarakat dewasa di Bandar kurang aktif berbanding di luar Bandar
  • Peningkatan usia menjadikan manusia kurang aktif
KEPENTINGAN AKTIVITI FIZIKAL

Keadaan dan suasana kehidupan sekarang berbeza jika berbanding dahulu.Kita buat perbandingan tentang kehidupan kita saja lah.Dulu kita duduk di kampong saja,saya percaya rata-rata daripada kita ni duduk di kampong,mana lah ada macam-macam makanan pelik-pelik,kalau saya dulu,yang paling canggih pun saya rasa KFC dan Mc Donalds lah.Tu pun kat Terengganu ada KFC je.Saya pun taklah pandai makan KFC masa kecik-kecik sebab ayah tak tau macam mana nak beli KFC tu.Ye lah orang kampong..Mana lah tau..Tapi mak saya kata masa pergi Mekah,ayah saya lah yang paling suka makan kentang putar kat KFC kat sana.Kat sini,ayah saya tak pernah pun pergi beli sendiri KFC walaupun kita cakap Terengganu saja,Kat Arab Saudi ayah saya beli semua makanan yang dia suka walaupun dia tak tahu berbahasa Inggeris..Mak saya kata ayah saya cakap melayu je kat sana..
Sekarang ni rata-rata daripada kita ni Alhamdulillah Berjaya,tinggal di Bandar,punya pendapatan yang mencukupi,di Bandar ada pelbagai makanan yang best-best yang mampu kita beli walaupun hanya bila tiba gaji,kira mampu lah tu,kalau tak mampu tak dapat kita merasa.Ada secret recipe,pizza hut,Dominos,Satrbucks,Papa Grill, Old town coffee dan macam-macam jenis restoran ekslusif,yang mahal yang murah..Jadi kita cenderung makan secara berlebihan..Walau bagaimanapun kita tidak menyeimbangkan keperluan makanan kita dan juga aktiviti fizikal.Akibatnya kita hanya ternak lemak sahaja dalam badan,lagi bertambah serius,kita kumpulkan sekali kolestrol dalam badan,sistem penghadaman yang tidak teratur dan boleh menyumbang kepada penyakit-penyakit lain..

Untuk mengekalkan berat badan yang ideal, keseimbangan antara tenaga yang di ambil dan tenaga yang dkeluarkan perlu di capai..apa kebenda lah tu ??

Tenaga yang diambil maksudnya adalah jumlah kalori (kcal) yang anda perolehi daripada makanan dan minuman.

Tenaga yang di keluarkan adalah tenaga yang di bakar oleh badan untuk aktiviti yang seperti bernafas, menghadam makanan dan aktiviti fizikal..

Jadi...kalaulah kita ni makan banyak tapi tak tukarkan makanan tu kepada bentuk tenaga maka semakin bertambahlah berat badan kita..

Apakah langkah yang perlu di ambil?

  • Banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam,pakar menyarankan agar kita melakukan aktiviti intensity sederhana sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu (atau sekurang-kurangnya 30 minit , lima kali seminggu)
  • Banyakkan langkah perjalanan kita daripada seseorang yang tidak aktif berjalan iaitu hanya 3,000 ~ 4,000 sehari kepada 10,000 langkah sehari.Amacam boleh x?mestilah boleh..
  • Kurangkan pengambilan makanan karbohidrat
  • pengambilan tenaga harian sebanyak 2000-2500kcal shj utk lelaki dan 1500-2000 kcal sahaja untuk wanita.
  • Ambil supplement atau vitamin yang dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat..

Untuk cadangan supplemet Shaklee di dalam proses pembakaran lemak, saya mencadangkan pengambilan vitamin Lecithin dan Omega Guard di dalam membantu untuk proses pemecahan lemak dalam badan.

Lecithin


Fungsi lecithin ni adalah untuk:
 
  • Menyerap vitamin yang larut lemak-Dapat membantu tubuh menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak..Kalau kita makan,dapatlah lecithin membantu serap lemak,taklah terus menempek kat usus , kat hati,kat peha kita
  • Melindungi hati- Menghalang enapan lemak di hati,sirosis hati dan hati berlemak.Ia juga membantu dalam memulihkan kesihatan hati..Kalau hati busuk,lecithin tak dapat tolong..hehe..itu kita kena bersihkan hati dengan mendekatkan diri pada Allah..
  • Pemecahan lemak dan kolestrol- Lecithin bertindak sebagai salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolism lemak,kolestrol dan trigliserid didalam tubuh..

Omega Guard


Omega guard ni adalah Minyak Ikan Terbaik di dunia..Kenapakah? Akan saya terangkan lebih lanjut lagi..
 
Fungsi utamanya untuk menguruskan berat badan adalah:
 
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang yang lebih rendah dan kepekatan darah,melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.
  • Oleh sebab itu,ianya efektif dan untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit di kepala.
  • Ia juga merendahkan kolestril, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesity
  • Mencegah arteriosclerosis,myorcardial,infraction
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung..
Nak dapatkan tips yang lebih lanjut?
Hubungi saya
017-6794584


Friday 4 April 2014

Posted by Unknown On 22:44
Assalamualaikum wbt..

Kalau di dunia,kita pasti akan fikirkan tentang pencen selepas bersara.Kalau nak kerja kerajaan,salah satunya sebab kemudahan pencen yang kita dapat ni lah.Memang kita patut buat perancangan tentang pencen,kerana dunia sekarang semakin maju dan mencabar,segala-galanya memerlukan wang.

Namun,kita pernah tak terfikir nak sediakan pencen kubur..
Apa kah pencen kubur?
Inilah dia pencen kubur..


Berilah sedekah seikhlas mungkin,kerana itulah bekalan untuk pencen kita di dalam kubur nanti.Tak usah tunggu kaya,baru nak sedekah.Tak semestinya jutaan ringgit kita perlu sedekah,berapa yang kita mampu kita sedekahlah.Namun kebaikan sedekah ini bukan sahaja boleh menolong kita masa kita di dalam kubur esok,malahan kat dunia pun Allah dah balas dengan murahkan rezeki dan tolak bala dalam kehidupan.Selain itu kalau ada saudara mara kita sakit,atau kita sendiri yang sakit,banyakkan sedekah dengan niat agar di sembuhkan penyakit yang sedang kita hadapi.

Ilmu yang bermanafaat,berkongsi ilmu ni tak semestinya kita jadi guru atau ustaz,baru nak berkongsi ilmu.Jika kita ada perkara yang baik,kita sharing saja dalam wassup ke,fb ke,twitter ke,instagram ke,itu pun dapat pahala.Pahala akan berganda jika sentiasa orang amalkan dalam kehidupan.Jadikan gunakan medium yang ada kearah kebaikan,bukan menggunakan untuk hal-hal yang negative.Sebarkan hal-hal yang positif juga membawa kepada pahala.

Doa anak yang soleh dan solehah..Itu saja yang dapat membantu ibu bapa kita jika yang dah tiada..Kerana di dalam sana sudah terputus segala-galanya kecuali 3 perkara ini..Jadi ingat hidup sebelum mati..Selamat muhasabah diri..Jom audit diri..Saya sendir seorang insan yang lemah dan sentiasa mengingatkan diri sendiri.Jom kita sama-sama perbaiki diri..Wallahu'alam..
Posted by Unknown On 09:29
Selamat malam semua..

Hidup ini satu perjuangan..Saya telah memegang ayat ini beberapa minggu yang lalu..
Ayat ini memang banyak memberi satu suntikan motivasi dalam diri saya.
Kehidupan selepas bergelar pelajar memang terlalu banyak pancaroba,terlalu pahit getir,banyak pengalaman yang perlu dipelajari.Terlalu banyak perkara yang perlu di tempuhi.Adakah kita redha pada takdir Allah,pada perancangan Allah atau kita marah,putus asa atau sentiasa berfikiran negative.

Pernah satu ketika dulu,saya teringat kawan sekolah rendah saya,Damithah Mohamad berkata pada saya,pada masa itu dia dah berkerja dulu dari saya,katanya kawan-kawan di tempat kerja tak sama macam kawan-kawan masa kita belajar dulu.Suasananya berbeza dan tidak sama lagi.Saya seolah-olah tidak begitu terkesan dengan kata-kata itu sebab saya tidak mengalaminya.Setelah dalam dunia perkerjaan,saya sangat-sangat faham dan percaya tentang pengalamannya itu.Ianya sememangnya tidak sama ..

Namun,saya bersyukur pada Allah kerana menjadikan salah seorang yang pernah merasai pelbagai pengalaman,pahit maung,pedih,kesusahan,kesukaran..Saya tidak menyesal walaupun saya tidak memilih jalan senang ,walaupun saya boleh hidup dalam keadaan yang sangat-sangat selesa..Saya boleh memilih jika mahu,tapi saya tak boleh mengaku kalah.Bukan kerana ego,tidak sekali kali kerana ini lah kehidupan,kita lah pelakonnya,macam mana pemikiran kita,kitalah yang mencorakkan,bagaimanakah pemikiran kita,kita lah yang tentukan,bagaimanakah iman kita,kita dan Allah yang mengetahui..

Ada orang berkata ,hidup itu satu perjudian..Kenapa perjudian?Berjudi itu sesuatu yang haram , yang di tegah oleh Allah,kenapa kita meletakkan sesuatu yang boleh memberikan kita pelbagai kebaikan,keindahan kepada sesuatu yang negative,seolah-olah kita lupakan yang adanya Allah.Ialah,berjudi itu ikut nasib.Untung sabut timbul,untung sabut tenggelam..Seolah-olah kita 100% bergantung hanya pada nasib,sedangkan kita ada Allah..Kita sendiri yang membawa aura negative dalam kehidupan kita..

Hidup itu satu perjuangan,jika kita askar di medan perang,jika di serang musuh,adakah kita pergi je serah tekak kita ni agar kena sembelih,kena tembak?Sudah tentu tidak bukan?Kita akan berjuang habis-habisan demi bangsa dan agama.Pernah tengok filem perang tak?Filem perang melayu lah,sebab nak rase semangat cintakan negara, macam mana askar Melayu di serang komunis,di serang askar Jepun..
Macam tu juga kehidupan,semakin banyak kesukaran,kesusahan,selagi itulah kita rasa nak melawan.Bukan maksudnya lawan takdir,tidak sekali kali,tetapi kita jangan putus asa,putus semangat,lagi banyak kita buat ibadah pada Allah,lagi banyak kita buat solat sunat,solat hajat,bangun Tahajjud,berzikir,baca Quran,baca munjiyat,tetapi pada masa yang sama,kita harungi juga dengan sabar,dengan tabah dan dengan redha..

Selagi kita di beri peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini,selagi itulah kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan untuk berjuang,kerana jika sudah berada di bawah sana,sudah tiada gunanya lagi..Tiada apa lagi yang dapat menolong kita selain pencen kubur yang telah kita sediakan..Sudah sediakah anda dengan pencen kubur?



Tuesday 1 April 2014

Posted by Unknown On 09:45
Kualiti dan Kuantiti?
Kualiti atau Kuantiti?

Seringkali kita dengar ibu-ibu merungut pasal susu sikit,susu kurang,ketakutan tentang susu tak mencukupi dan pelbagai masalah lain berkaitan susu.Saya tiada pengalaman sendiri dalam penyusuan bayi ni,namun seringkali saya terbaca dalam fb mengenai pemasalahan ini.

Tapi berapa ramai ibu-ibu yang memikirkan soal kualiti susu yang di berikan pada bayi.Adakah cukup sekadar kita bagi baby kita banyak susu,itu sudah mencukupi?Macam mana pula dari segi faktanya?

Tahu tak sahabat-sahabatku,dari tempoh kelahiran bayi sehingga usia 2 tahun adalah tempoh yang sangat kritikal untuk tumbesaran bayi, bagi menggalakkan pertumbuhan yang optimum,kesihatan dan perkembangan tingkah laku.Teringat saya masa zaman dulu-dulu,bila mak pegi klinik kesihatan Manir tu,kalaulah adik(masa tu baby lagi),berat tak naik,mesti meksi(nurse) bebel-bebel..Rupanya perkembangan bayi masa tu TERSANGAT PENTING.KENAPAKAH?

SEBABNYA...
  1. Dalam tempoh 2 tahun usia bayi,kadar pertumbuhan sangat penting.Jika pertumbuhan terbantut, ia tidak mudah dipulihkan selepas kanak-kanak berusia 2 tahun.
  2. Dalam tempoh ini,pemakanan yang tidak mencukupi akan mengakibatkan peningkatan morbidity dan motaliti yang ketara serta perkembangan mental dan motor terbantut.
  3. Kekurangan zat makanan di peringkat awal ini dan jangka masa panjang di kaitkan dengan PENURUNAN PENCAPAIAN INTELEK,KAPASITI UTK BEKERJA,HASIL REPRODUKTIF SERTA KESIHATAN KESELURUHANNYA SEMASA REMAJA DAN DEWASA..
Eh eh..pandai-pandai pulak pae ni cakap macam ni..Mana tau?Akak bukan reka cerita adik saying,segala maklumat ini telah di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga menubuhkan satu ahli kumpulan Teknikal Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak..
Bunyi macam kronik sangat je,sampai tertubuhnya satu kumpulan yang akan merangka saru program pemakanan?Memang pun sebab mengikut data dari Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ketiga menunjukkan kadar penyusuan ekslusif di kalangan bayi berumur bawah 6 bulan hanyalah 14.5% (IPH,2008)

Teringat pula kata-kata Prof Dr.Muhayya..Ibu bapa,jika anak-anak buat salah,jangan terus menerus jatuhkan hukuman kesalahan pada anak,tetapi fikir dan renung kembali apa yang telah kita buat pada anak kita sehingga anak kita jadi macam tu.Apa kena mengena pula..Sahabat-sahabatku baca x kat atas tu,kekurangan zat makanan akan menyebabkan penurunan pencapaian intelek,kalau anak-anak kita tak pandai,dapat result dalam peperiksaan teruk,kita marah..pandai-pandai je pae ni.dia bukannya ada anak pun..Saya melalui proses sebagai anak dan juga punya kawan-kawan,walaupun saya sentiasa cemerlang,tak kena marah..chee wah,tapi suasana sebagai pelajar,sudah pasti akan kena marah kalau tak dapat markah bagus.Tapi sedar atau tidak,masa anak kita berusia 2 tahun tu,cukupkah nutrient yang kita bekalkan pada dia?Saya dah bagi susu kat dia,full breast feeding..Tapi sedarkah anda,apa kualiti susu yang anda bekalkan pada anak anda..

Saya teringat pula tentang pengalaman sendiri.Ada yang bertanya pada saya,ingin menyusu dan ingin kurus.Saya cuba membantu dengan menyarankan vitamin utk ibu yang menyusukan anak dan sekaligus dapat menurunkan berat badan tanpa mengurangkan sedikit pun kandungan nutrient yang diperlukan oleh anak anda,tetapi seolah-olah saya hanya ingin melariskan produk..ooohh tidak,saya menyarankan utk anak anda,kalau anak saya sudah tentu saya memang bekalkan yang terbaik.Kalaulah ibu-ibu tak makan,nak diet,makan telur sahaja ..cthni..apa lah zat yang anak dapat.Akibatnya jadi macam kat atas..Masa tak boleh di undur..wang boleh di cari..

Apa vitamin atau nutrient yang sangat di perlukan oleh bayi yang menyusu ni?

Bayi memerlukan protein,lemak,kalsium,zat besi,vitamin A,zink dan vitamin C sepanjang tempoh 1hari - 2tahun..Pada tahap ini mereka sangat memerlukan kesemua khasiat ini..

Pada usia bayi 1hari - 6 bulan,kualiti penyusuan bayi adalah sangat penting.Kenapa?

Konsultansi Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan dengan Tempoh
Optimum Bagi Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif (WHO, 2001) telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan
memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu. Kajian sistematik yang dijalankan telah mengenal pasti dan merumuskan beberapa kajian perbandingan di antara
penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 4 hingga 6 bulan dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan dari aspek pertumbuhan, status zat besi bayi, morbiditi,penyakit atopik, perkembangan saraf motor, pengurangan berat badan post partumdan amenorea. Di antara faedah utama yang terbukti ialah perlindungan darijangkitan gastrousus bayi. Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara membangun malah juga di negara-negara perindustrian.

 
Bukti lain juga menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan boleh meningkatkan
perkembangan motor dan kecerdikan bayi. Walau bagaimanapun, lebih banyakkajian perlu dijalankan untuk mengesahkannya. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan juga memberi manfaat kepada ibu seperti membantu melewatkan kedatangan haid selepas bersalin dan mempercepatkan pengurangan berat badan.Konsultansi Pakar tersebut mendapati bahawa di peringkat populasi, penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga enam bulan tidak mendatangkankesan negatif terhadap pertumbuhan bayi.

Keperluan nutrien bayi yang lahir cukup
bulan dengan berat lahir yang normal boleh dipenuhi dengan susu ibu sahaja untuk tempoh enam bulan pertama sekiranya taraf pemakanan ibu adalah baik (WHO/UNICEF, 1998)
Cadangan untuk set vitamin Shaklee yang dapat membekalkan vitamin dan nutrient pada anak anda adalah seperti..



.ESP adalah  protein yang sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi .Berbaloi dengan nilai wang anda



Vita-lea iron formula/multivitamin

Mengandungi 12 vitamin,7 galian dan zat besi.Sekitar usia anak 6 bulan, ibu-ibu di syorkan untuk memperbanyakkan  sumber zat besi dalam pemakanan anak-anak.Ada sesetengah doctor juga menyarankan agar ibu-ibu mengambil sumber zat besi dalam pemakanan mereka untuk mengelakkan pitam semasa memerah atau menyusukan bayi.Dan vita-lea adalah supplement yang membekalkan zat besi kepada badan anda.



B-complex


membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

Vitamin-C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.

Inginkan nasihat dari saya?Inginkan tips penyusuan?
Ingin mencuba ?

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Paefaizah
017-6794584