Saturday 29 March 2014

Posted by Unknown On 06:08


Saya peminat pink..dan saya sangat sukakan cover song dari Boyce Avenue ni..
Saya suka video ni sebab ianya versi acoustic,Sebenarnya dah lama saya tak tengok sebarang music video,atau jarang-jarang sekali melihat rancangan muzik ataupun apa-apa rancangan sekalipun dalam tv..Betapa hidup saya sangat sibuk dengan kerja,tanpa ada ruang peribadi untuk diri sendiri..

Saya sangat sukakan muzik dan gitar.Saya sangat suka membicarakan soalnya.Dan mereka yang berzodiak Aries sebenarnya memang sangat sukakan muzik..Perkara pertama untuk menghilangkan kesedihan ,gundah gulana sudah pastinya ayat-ayat suci Al-Quran,sememangnya itu cara yang terbaik.Cara kedua untuk saya menghilangkan tension sebentar hanya dengan melihat susunan gitar di kedai gitar..Hanya melihat sahaja..dan saya sangat sukakanya..

Dan saya teringin untuk memiliki kembali gitar acoustic ni..Sekadar untuk bermain gitar untuk masa lapang sekali sekala,sekadar melakukan apa yang di sukai..

Thursday 27 March 2014

Posted by Unknown On 09:54
Masya Allah,rupa-rupanya dah masuk 28hb..tak sedar pulak saya...

Dah genap umurku 32 tahun..Walaupun tidaklah terasa pun umur 32 ni..rase macam tetap 25 tahun dari segi penampilanya.hehehe.Namun aku bersyukur pada MU Ya Allah,kerana menghidupkan ku sampai di saat ini..Panjangkanlah usiaku Ya Allah..Semoga aku sentiasa menjadi hamba Mu yang sentiasa bersyukur..Murahkanlah rezekiku,bahagiakanlah hidupku,sihatkanlah tubuh badanku,jadikanlah aku hamba Mu yang solehah,permudahkanlah urusan jodohku...Amin Amin Ya Rabbal Alamin..



Posted by Unknown On 09:41

Apakah kegembiraan bagi anda?

Bagi saya,terlalu banyak untuk saya ungkapkan..dan segalanya sebagai DOA..Jadi saya nak tuliskan sebahagiannya di sini..agar sebelum tidur biarlah ia di serap oleh minda saya..

Happiness is..

1. saya sihat tubuh badan.
2.Mak dan ayah saya sihat dan umur panjang
3.Mak dan ayah saya tahu betapa saya sayangkan mereka dan ingat pada mereka.
4.Saya mempunyai income yang banyak menerusi Shaklee dan sumber rezeki yang lain.
5.Saya bebas dari segala hutang piutang.
6.Saya mahu menunaikan umrah bersama kedua ibu dan bapa saya,walaupun mak dan ayah dah pergi haji dan umrah,saya mahu melaksanakan ibadah ini bersama mereka.
7.Saya gembira dengan pekerjaan saya.
8.Saya dapat balik ke Terengganu pada bila-bila masa yang saya mahu.
9.Saya dapat mendirikan rumah tangga dengan insan yang saya sayangi.
10.Saya dapat bangun awal setiap pagi walaupun tengah cuti.
11.Saya dapat bangun solat tahajjud pada setiap malam.
12.Hati dan minda saya bersih dari sifat yang negative.
13.Saya akan ingat untuk baca doa dhuha(sekurang-kurangnya) dan solat sunat dhuha pada waktu cuti.
14.Saya akan baca Quran pada setiap hari.
15.Saya dapat membantu ramai orang tentang kebaikan vitamin Shaklee.
16.Saya dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan.
17.Saya dapat mendermakan dan membelanjakan harta saya ke jalan Allah.
18.Saya ingin memelihara aurat saya dengan sebaiknya dan dapat pakai purdah bila tiba waktu dan saatnya.
19.Saya ingin bercuti dan menenangkan fikiran pada bila-bila masa yang saya suka.
20.Saya ingin menjadi seseorang yang dapat menyumbangkan bakti kepada bangsa dan agama..

Lagi??Banyak sangattt lagi..

Jom tidur dulu..
Maafkanlah semua orang sebelum tidur dan fikirkan yang positif sahaja..

Posted by Unknown On 09:15
Saya ni taklah pandai sangat lagi nak godek-godek blog ni..Tadi tengah nak tukar template,macam-macam yang jadi kat page ni..Lastnya tukar balik pada template yang asal..Pening saya nak edit HTML..kurang ilmu lagi..Nanti lah saya cuba perlahan-lahan..

Sementara tu,jangan stress-stress..jom kita gelak dulu nak??Gelak pun penawar stress juga..

Posted by Unknown On 09:11
Assalamualaikum dan selamat malam..

Sempena malam yang penuh berkah ini, (malam jumaat,dah baca surah yassin ke belum?)
saya nak story morry skit pasal toksin..Nak cerita pasal apa lah kita tak makan nasi,kadang kala ada tak makan pun,makan sikit-skit,tapi berat..tak turun..walau merana badan tak makan..
Tak mo citer lagi bab-bab senaman,bab makan buah atau pun bab amik vitamin..No no no..
Nak cerita bab pertama sekali..TOKSIN BANYAK DALAM BADAN!!

Dari mana datangnya toksin ni..Ni dia..

Teman sihat je..toksin ni semua dah buang melalui najis...Belum lagi kawan-kawan..Toksin ni ada yang terkumpul dalam badan kita dari kita kecil lagi..Apa symptom-symptom yang menunjukkan badan kita ni banyak sangat toksin??

Tanda- tanda toksin banyak dalam badan:
 
*Kerap mengalami sakit kepala
*Badan berasa letih tanpa sebarang sebab
*Susah bangun tidur
*Bahagian keliling mata menjadi gelap
*Banyak angin dalam badan
*Masalah alahan
*Inflamasi pada sendi
*Masalah lenguh badan
*Aliran darah dalam tubuh tidak lancar
*Berat badan susah turun walaupun puas berdiet
*Berat badan meningkat

*Kehadiran selulit
*Masalah jerawat dan banyak lagi…
 
Jangan pula yang duk kata..eeehhh..tak bagus pun Shaklee tu,tak turun pun berat badan saya..eeee..beli je mahal-mahal supplement jenis A,sama gak eeehh..
 
Tunngggu....Kawan-kawanku,amiklah vitamin banyak mana pun,makanlah apa jenis makanan berkhasiat pun,tak guna saying..kerana di sebabkan toksin banyak dalam badan menyebabkan proses penyerapan ubat atau vitamin dan fungsi vitamin/ubat hamper lumpuh..Jadi buang dulu toksin yang banyak tu secara berperingkat..Ada pelbagai cara yang boleh anda ambil mengikut kesesuaian anda,tetapi saya mencadangkan ambil Herb-Lax Shaklee sebagai detoks untuk badan.Ianya selamat dan membantu anda membuang toksin dalam badan serta melawaskan system pembuangan anda..
 
Lepas dah buang toksin,lemak dan lender,baru boleh cerita pasal proses nak turunkan berat badan...
 
 

Tuesday 25 March 2014

Posted by Unknown On 08:44
Hari ni terasa "blank"..sugul dan sedih..Segala-galanya adalah daripada perancangan Allah.
Pada sudut pandangan saya, sudah-sudahlah pelbagai andaian ,konspirasi yang di buat,kerana yang tahu apa yang sebenarnya terjadi hanyalah penumpang MH370 dan Allah jua..Jangan lah kita menambah dosa sendiri dengan menuduh dan membuat pelbagai telahan yang kita sendiri tidak punya bukti yang kukuh..hanya berdasarkan fikiran,bacaan,perasaan kita semata-mata.Biarlah mereka yang bertanggungjawab meneruskan misi mencari kotak hitam..

Apakah renungan dan muhasabah yang perlu kita ambil dari apa yang terjadi?
Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Allah.Kita tidak tahu bagaimanakah pengakhiran kita..Sebelum tidur ni,ucapkan dan azamkan dalam diri yang kita tidak akan lagi mengumpat,menyibuk pasal orang lain,sentiasa berfikiran positif.Manafaatkan masa yang masih di beri oleh Allah ini untuk perkara-perkara yang positif,yang baik dan membahagiakan..

Mari kita sedekahkan Al-fatihah untuk penumpang  MH370.

Posted by Unknown On 08:24
Assalamualaikum..
Saya kurang sihat..bukan kurang tapi memang sakit..atas silap sendiri..Sebab apa? Kenapa?

Adakah salah..

# tiada air kat Epson?
#gara-gara tak minum air sebab tak ada air?sebab air mineral kat kedai Ah Chai tak sedap?
#tak makan vitamin?sebab takut berak-berak,dan x ada air kat toilet?
# atau sbb tahan nak berak?

Bak kata Prof Muhayya,satu jari kalau kita tunding pada orang,3 jari lagi tunding pada kita.
Salah sendiri semuanya..Kalau dah sakit ni,adakah salah Allah?Tidak..tidak ..tidak..salah sendiri juga..Kalau kita sendiri yang tak minum air,kita sendiri yang tak makan buah-buahan,kita sendiri yang tak makan vitamin atau amik fiber,dan kena sembelit.Adakah kita patut salahkan Allah?
Salah sendiri lah kan?

Mencegah atau mengubati.Mana satu pilihan anda?Daripada pengalaman saya sekarang,saya memang memilih mencegah.Kalau memilih mengubati,kita dah sakit,dah merana,dah tanggung derita..masa tu barulah kita nak cari penawar..Sengsara dik..sengsara..
Saya ni pun sekejap nak demam,sakit tak hilang,masya Allah.Pada -Mu aku berserah..sakit apa,tak usahlah saya panjangkan kisahnya..hukhuk..

Sistem Penghadaman yang tidak sihat dan masalah sembelit.

Kita memang di wajibkan untuk minum air yang banyak setiap hari.Sebaiknya kandungan air yang wajib kita minum adalah berdasarkan berat badan kita. 25kg berat bersamaan 1 liter air.Jadi kira lah sendiri berapa liter air yang patut kita minum..Untuk melawaskan pembuangan air besar,produk Shaklee menawarkan 3 produk yang utama seperti..

Lecithin

Selain untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan,lecithin ni berfungsi untuk melawaskan dan melembutkan najis..senang dan lawas untuk ke tandas..

Alfalfa

Alfalfa ni banyak kelebihannya..Ada 13 keistimewaan alfalfa.
Dan salah satunya adalah untuk melegakan sembelit dan membantu proses penghadaman dan pencernaan..

Herblax

Herblax ni sebagai detoks untuk membersihkan lemak dan lendir yang melekat pada usus..Dan herblax juga berfungsi membuang toksin dalam badan..

Ambil ketiga-tiga ni memang sangat membantu dalam proses pembuangan,seterusnya..membantu dalam proses mengurangkan berat badan..Saya tak ambil ketiga-tiga ini pada minggu lepas,saya tak minum air,akibatnya....ooo..pengajaran sungguh rasanya.Lain kali tak mahu lagi buat macam ni..

Anda mahu mencuba?
Jom try..jangan buang masa duk meneran dalam tandas..Jangan cari pasal dengan sembelit..Beli supplement untuk diri sendiri demi kebaikan diri..

Shaklee Independent Distributor
Paefaizah
017-6794584


Monday 24 March 2014

Posted by Unknown On 04:10
Saya tertarik untuk membicarakan tentang penyusuan bayi kali ini.Saya ada terbaca dalam majalah Al-Ustaz tentang beberapa persoalan tentang penyusuan.Jadi,saya mahu kongsikan dengan semua mengenainya.

Soalan tentang susu terbaik

Adakah perempuan wajib menyusukan anak?Mertua menyuruh saya untuk menyusukan anak,tetapi saya terlalu sibuk berkerja.

Jawapan
Alhamdulillah,tahniah buat saudari yang baru di kurniakan cahaya mata.Islam sangat menganjurkan agar seorang ibu menyusukan bayinya sedaya mampu.Hal ini jelas dinyatakan dalam firman Allah:" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"(Surah Al-Baqarah:233)

Jumhur ulamak berpendapat bahawa perintah dalam ayat ini adalah sunat dan unjuran kepada kaum ibu untuk menyusukan anak mereka.Dr.Wahbah Al-Zuhaily berkata dalam al-Fiqh al-Islami:"Para fuqaha Islam sepakat mewajibkan seorang ibu menyusukan anaknya dalam tiga keadaan:


1.Bayi tersebut tidak menerima susu selain ibunya.Ketika itu wajib keatas ibunya menyusukan untuk menyelamatkan nyawa bayinya.

2. Tidak di jumpai orang lain yang dapat menyusukan bayinya.

3.Jika anak itu tidak mempunyai ayah yang menanggung nafkahnya atau jika ayah tidak memiliki harta untuk menyediakan susu baginya.

Selain tuntutan syarak, menyusukan bayi mempunyai banyak faedah dari segi tumbesaran anak-anak.Ini di sebabkan tiada makanan dan minuman yang paling sesuai buat bayi yang baru di lahirkan selain susu ibu.

Pentingnya susu ibu ini..Banyak khasiatnya juga..Apa dia khasiat yang banyak tu?

Mengikut kajian Pakar Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, ada dua perkara yang menyebabkan susu ibu baik untuk anak-anak, iaitu:

  • Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi nutrient yang di perlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi serta mudah di hadamkan.
  • Susu ibu mempunyai Lactobacillus dan Kolostrom yang memudahkan saluran dan agen antibody yang melindungi bayi dari jangkitan.
Bagaimanakah ESP membantu dalam membekalkan nutrient pada ibu dan anak?


ESP adalah  protein yang sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi .Berbaloi dengan nilai wang anda..

Selain ESP,apakah vitamin lain yang diperlukan oleh seorang ibu untuk anaknya?

Vita-lea iron formula/multivitamin

Mengandungi 12 vitamin,7 galian dan zat besi.Sekitar usia anak 6 bulan, ibu-ibu di syorkan untuk memperbanyakkan  sumber zat besi dalam pemakanan anak-anak.Ada sesetengah doctor juga menyarankan agar ibu-ibu mengambil sumber zat besi dalam pemakanan mereka untuk mengelakkan pitam semasa memerah atau menyusukan bayi.Dan vita-lea adalah supplement yang membekalkan zat besi kepada badan anda.

B-complex


membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

Vitamin-C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.

Inginkan nasihat dari saya?Inginkan tips penyusuan?
Ingin mencuba ?

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Paefaizah
017-6794584




 
 



 
 
 
 
 




 
 


Sunday 23 March 2014

Posted by Unknown On 21:36
Kita jangan stress-stress sangat OK? Kadang-kadang kena gelak juga,walaupun dalam hati..
Meh kita baca kisah lawak kat bawah ni..Mau tak?

Cerita Lawak Cikgu Dan Murid Sekolah Rendah
Seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!"

Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok TV cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok TV, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher."
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak: "Shut up you !!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?"
Budak: "Superman!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!!"
Budak: "Ladies First.."


Posted by Unknown On 21:04
Hari ini saya MC.Dulu saya kerap mc sebab sakit,samaada sakit yang memang sakit atau sakit berkenaan hati,jiwa dan emosi.Tetapi sejak saya ambil vitamin Shaklee ni,alhamdulillah,keadaan kesihatan lebih baik.Saya tulis blog saya Healthy mind,healthy body sebab kita perlu minda sihat dan badan pun sihat..
Kedua-duanya perlu seimbang.Namun , mana satu yang lebih penting?Jeng jeng jeng...


Otak kita sebenarnya membenarkan segala-gala yang kita fikirkan dan mahukan.Dari segi agama dan spiritualnya,segalanya adalah DOA.Andaikata kita terfikirkan hal-hal yang negative,dan tatkala itu juga,Allah memakbulkannya,maka termakbullah.Maka lebih baik kita fikirkan hal-hal yang baik.Sama juga dari segi kesihatan,kalau kita fikirkan yang kita sakit,kita tak boleh jadi baik walaupun ambil vitamin,maka benarlah apa yang kita fikirkan tu.Contohnya..

Timah : Saya tengok akak ni badan makin lama makin naik,akk ni muda lagi,cantik pulak tu.Apa kata akk cuba set vitamin untuk kurangkan berat badan ni.

Ani : Tak nak lah aku,sama jugak,tak boleh turunnya..

Kalaulah Ani tu ambil juga set vitamin tu,agaknya Ani boleh turun tak berat badannya?

Jawapannya mungkin tidak.Sebab Ani dah dah awal-awal lagi dah berdoa yang dia tak akan kurus dengan makan vitamin.Dia dah mintak dengan Allah.Yang keduanya,otaknya dah memberitahu jiwa,anggota badan yang lain yang dia tak akan turun beratnya dengan ambil vitamin.Rase-rasenya dia rajin tak nak makan vitamin tu?Jawapannya TIDAKKKK...

Jadi sahabat-sahabatku,berhati-hatilah dalam berfikir,menyebut perkataan harian kita.Jika kita mahukan yang indah-indah,maka fikirkanlah yang indah-indah dan positif


Berbalik pada tajuk saya tadi..Best ke MC ni?Kalau sakit,apa yang bestnya..Lainlah kalau kita cuti,memanglah best ,boleh pergi jalan-jalan,cuci mata,tenangkan fikiran..betul tak?
Ini,duduk sakit,tidur sakit,bangun sakit..Bahagiakah tuuu?
Selamat muhasabah diri..

Shaklee Independent Distributor
Paefaizah
017-6794584






Posted by Unknown On 06:02
Apa yang best sangat pasal ESP..sampai tak habis-habis nak cter pasal ESP lagi ni..Banyakkk sangat khasiat dan manafaatnya..Antaranya adalah..

  • ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO yang berkualiti tinggi.
  • ESP diproses dengan air (bukan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • ESP tidak mengandungi kolestrol dan latosa
  • Ia mengandungi asid amino yang di perlukan oleh tubuh bdan anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat,termasuk 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

Siapakah yang perlukan ESP?

  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa..(apabila minum ESP,tidak terasa lapar sangat dan memberi tenaga segera)
  • Ibu mengandung...Untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil. For a healthier pregnancy
  • Ibu yang menyusu..Membantu menggalakkan dan mengekalkan pengeluaran susu.Malahan juga membantu perkembangan fizikal bayi secara sihat.
  • Wanita..Untuk keanjalan kulit,awet muda. Mereka yang mempunyai bekas jerawat hitam adalah di sebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru.ESP membantu membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam.
Apa tunggu lagi..Mohlah amik ESP.memang tak mahal,dan berbaloi-baloi..Malahan boleh minta nasihat percuma dari saya..mehlah cuba..

Shaklee Indipendent Distributor
Paefaizah
017-6794584
 
 



Posted by Unknown On 05:37
Kanta kehidupan adalah sebuah buku baru yang di tulis oleh Prof Dr.Muhayya.Saya sangat suka membaca buku-buku motivasi dan tarbiyyah rohani dari zaman pelajar lagi.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,saya sudah tiada hati,tiada cinta lagi untuk membuat sesuatu yang sangat sangat saya cintai..Sekarang saya kembali semula kepada kecintaan saya terhadap buku..

Saya tertarik untuk berkongsi sesuatu tentang buku ini.Dalam prakata buku ini disebut:

" Pilihan hidup kita sekarang menentukan nasib kehidupan kita__________________ akan datang.Anda boleh memilih,sama ada hidup dengan menggunakan "kanta melihat orang" atau menggunakan "cermin melihat diri"?

"Banyak orang sibuk hendak membetulkan diri orang,sibuk hendak melabel dan menghukum orang.Kesalahan orang,kalau tidak nampak dengan mata kasar pun kalau boleh mahu ditala orang dengan "cermin kanta" untuk menyerlahkan kelemahan orang.Tetapi hakikatnya kita tidak mampu untuk melihat diri sendiri,yang begitu hamper dengan kita,kecuali dengan bantuan cermin.Banyak orang lupa,apabila satu jari telunjuk kita menghala ke arah orang,ada tiga jari lagi sedang menghala kearah kita"

Jom audit diri..saya mahu bahagia,dan saya juga mahukan anda bahagia..Insyaa Allah..Amin..

Shaklee Indipendent Distributor
Paefaizah
017-6794584

Posted by Unknown On 05:09
Assalamualaikum semua..Di waktu hujung minggu yang best ni,saya kurang sihat..Kalau sakit,kepala,yang kita nampak remeh barang kali,tapi sangat mengganggu urusan kita..Contohlah tu sakit kepala,tetapi saya sakit perut..samalah tu kan..Bahagia tu dah tak ada sebentar,untuk muhasabah diri...Maka ingatlah waktu sihat sebelum sakit.Ianya 1 nikmat yang sangat besar bagi yang mengingati.Biasanya,kalau sakit begini baru terasa ingat sangat..dusshhh..saya mengata kat diri sendiri tu.

Saya teringat dalam bicara Prof.Dr.Muhayya dalam Sinar FM,masa tu dalam perjalanan pulang kerja,biasanya sebelum maghrib akan ada satu tazkirah pendek samaada dari Ustaz Don,atau orang-orang lainlah yang di jemput.Hari tu saya terdengarlah bicara Prof.Dr.Muhayya tentang tajuk pencen kubur.Kita selalu duk fikir tentang pencen kita masa kita tua,itu pun penting juga,kerana kena lah buat persediaan juga dalam dunia moden yang penuh cabaran,tetapi pencen kubur juga penting dalam kehidupan kita yang abadi kelak..Antara kata-kata Prof.Dr.Muhayya yang saya ingat adalah,pencen kubur ini ada 3 perkara:

1.Amal Jariah kita.Maksudnya sedekah kita ..Sedekah kita ni bukan sahaja dapat manafaat masa hidup yakni murah rezeki kita,Masya Allah..tetapi kita bawak juga sedekah itu dalam kubur nanti,Itu sahaja yang dapat menolong kita.

2.Doa anak-anak yang soleh dan solehah..Sahabat-sahabat sekalian,DOA DOA dan DOA untuk ibu bapa kita yang tiada

3.Ilmu yang bermanafaat,ilmu yang kita berikan atau sampaikan pada orang lain,selagi ilmu itu bermanafaat dan di gunakan,selagi itulah kita dapat pahala..

Jadi yang no.3 itu yang saya cuba lakukan hari ini.Saya bukan ustazah,bukan juga orang yang di segani,saya sendiri sedang belajar memperbaiki diri,tetapi paling kurang,saya tak simpan apa yang saya ada ni sorang-sorang,biarlah semua orang tau tentang kebaikan ini.Sambil sambil saya belajar untuk diri saya,saya boleh bantu orang lain juga..Panjangnya mukadimah saya..Saya nak cerita tentang protein hari ini sebenarnya.Dulu-dulu belajar dalam matapelajaran Sains tentang nutrisi makanan,bahkan dalam Kemahiran Hidup pun belajar,tetapi saya masa tu belum jatuh cinta lagi tentang khasiat makanan ni..Ala budak-budak,tubuh sihat,tak sakit,manalah nak ambil tahu sangat.Saya lah tu...kuikuikuikui..

Apakah protein?
Kita duk citer pasal protein ni.Apa ke benda protein ni?
Protein ni adalah nutrient penting untuk organ-organ utama badan kita seperti kulit,otot,organ-organ,kalenjar dan cecair badan.Protein membantu untuk membina dan membaiki otot dan tisu ,amat penting dalam pertumbuhan dan tumbesaran zaman awal kanak-kanak dan remaja.

Macam mana nak tahu symptom-symptom kekurangan protein?

  • Kulit wajah kusam..tak berseri..hihi
  • Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan.Saya lah tu salah seorang mangsa nyamuk,suka sangat nyamuk hisap darah den ni,jenis darah saya AB.Ada orang kata nyamuk suka darah manis..ye ke?Darah ada rase ke?hahaha..
  • Rambut sering gugur..saya juga,dulu banyak sangat,sejak dah minum susu soya Shaklee ni,berkurangan dah..:)
  • Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat hitam..
Risiko Kekurangan Protein..Jangan pandang enteng(remeh) tau pasal tak cukup protein ni..

  • Anemia (Kekurangan darah @ oksigen dalam darah
  • Kidney disease (Penyakit buah pinggang)
  • Liver (Penyakit hati)
  • High Cholestrol (Kolestrol Tinggi)
  • Low blood pressure (Tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (Kandungan gula darah rendah)
  • Nerve Stability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic Ulcer (Ulsur perut + usus)
  • Luka lambat sembuh
  • Badan menggeletar
  • Pengaliran darah tak lancar
  • Lemah
  • Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  • Terencat Akal
  • Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
  • Kerap kembung.
Daripada pengalaman saya,saya mengalami beberapa symptom kekurangan protein,yang saya tidak sedari.Saya ingatkan sebab-sebab lain,contoh bekas jerawat yang tak hilang-hilang walaupun saya dah mencuba pelbagai produk samaada mahal atau murah,ketahanan badan yang rendah terhadap jangkitan,yang ini saya fikirkan sebab saya tak cukup vitamin C,itu salah satu sebab juga,lemah dan tiada tenaga dalam badan..huhu..Anda pula bagaimana?

"Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"
(Imam Ghazali)



Shaklee Indipendent Distributor
Paefaizah
017-6794584

Thursday 20 March 2014

Posted by Unknown On 08:42
             Asyik citer pasal vitamin je..nak juga ada iklan-iklan selingan..buat kita teringat zaman kita dulu-dulu..Zaman masa kita kecik-kecik..mana sama dengan zaman sekarang..kita dulu,komputer pun tak kenal.Saya belajar computer masa saya tingkatan 2, masuk Persatuan Komputer Sekolah.Bilik computer masa tu kecik je,air cond memang tak adalah,komputer pula jenis yang besar..org ganu kata besor bapok,x pun boleh dikatakan "bagak", besarlah.Dan masa tu bukan zaman windows,zaman DOS..hahaha..Mula-mula tekan keyboard,takut,satu-satu saya tekan tapi bukan main kuat tekan satu-satu tu.Orang ganu kata darak goh..hahahaha..Tapi zaman sekarang,budak-budak kecil pun dah pandai main I-pad,dah ada yang ada akaun FB pun ya..dan paling parah ada dalam surat khabar,kanak-kanak google website yang negative..Pengaruh yang tak baik..

Ni saya pun copy and paste dari kawan saya jugadan sy add sikit-sikit..Ada yang masa zaman saya ada yang bukan zaman saya.Bila teringat rasa indahnya dan bahagianya.Terasa ingin kembali ke zaman itu.Tetiba terasa rindu pada mak dan ayah...Ni kisah masa kita kecik-kecik dulu,untuk yang sezaman dengan saya atau kalau ada-ada yang kena juga dengan zaman  anda..

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?Mustahil tak pernah terjadi pada anda.Paling kurang pun adalah juga sikit-sikit..Bestkan,acu baca,kot-kotlah kalau tengah-tengah sedih tu,ada lah sikit rasa nak ketawa,kalau kot-kotlah tengah nak marah,jadi terhibur sikit hati,tak jadi nak marah..Tak gitu?Jom kita tengok..

1.Buka kipas , cakap dengan kipas,nak dengar suara bertukar..hahaha..masih ingat lagi..Saya penah buat ni...Seronok bebenor dengar suara sendiri yang bergema-gema tu..

2. Naik kereta,tengok bulan,terasa bulan ikut kita..Masa tu saya tak naik kereta,saya naik lori kecil ayah..

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle",rasa hebat..Yang ni saya tak berapa reti..Tengok org lain buat,hebat je..

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free,lepas ambil sekali,menyamar jadi org lain utk ambil sekali lagi..Tapi saya tak pernah buat cam ni.

5.Lukis burung dengan huruf m.Sekarang ni pun saya kalau lukis buat benda yang sama..hihi.

6.Lukis matahari kat penjuru atas kertas dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni,macam bentuk love tu..

8.Tutup peti ais perlahan-lahan sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9.Main belon sabun dalam air time tengah mandi.1jam dalam bilik air.

10.Fikir dunia kartun memang wujud.

11.Makan singgam.chewing gum tu..Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tempek tattoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab takut cepat habis.

13.Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang,nak buat kapal selam.

14.Susun kusyen dan buat seni binaan.Saya panggil main rumah-rumah..hahahaha

15. Fikir sticker lesen P  dengan L,P utk kereta perempuan,L untuk kereta lelaki.masa ni sy dah dewasa..hahaha..

16. Lepas habis periksa akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

17. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya.Pastu tak bagi kawan pinjam sebab takut tumpul.

18.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.Yang ni saya tak pernah tulis...hihi.

19.Tuang air panas kat dalam piring,sebab nak bagi sejuk,kemudian minum dalam piring.

20.Anggap zaman dulu dunia hitam putih saja.

21.Tak bagi kawan korek pensel kat dua-dua hujung sebab takut mak mati.

22.Bila black out,pakai lilin buat pelbagai aksi dengan baying-baying.

23.Sebelum minum susu kotak,koyak dulu tepi dia tengok sama ada ada tanda '-' atau tanda positif '+'..Orang cakap kalau tanda '-' tak boleh minum..

24.Tengok tanda tapak tangan,kalau berbentuk K bermaksud orang kaya kalau berbentuk m,maksudnya orang miskin.Tapi bila tengok2 tangan,rasenya tak de pulak jumpa bentuk K..hahah..ada ke?

25.Ingat kalau tertelan biji,pokok boleh tumbuh dalam perut..hahahahaha..


Betul..saya pun rindu suasana ni..Rindu kawan-kawan kat kampong,rindu segala-galanya..tapi,segalanya hanyalah tinggal kenangan yang sangat manis dalam kehidupan..

Shaklee Indipendent Distributor
Paefaizah
017-6794584


 
 

Wednesday 19 March 2014

Posted by Unknown On 09:47
Produk Shaklee yang saya nak ceritakan di sini adalah tentang ESP..mentang-mentanglah bulan ni ada promosi ESP,beli 6 percuma 1,kalau sesiapa mau keahlian Shaklee Percuma,bolehlah REBUT peluang keemasan ini..Hubungi saya juga untuk mendapatkan harga istimewa....



Apa ke benda ESP ni? Tak pernah dengar?Tak tahu?Atau pernah dengar tapi tak berapa tahu sangat..

ESP ni adalah memang satu produk PANASSS dalam Shaklee ni..Apa yang best sangat tu pasal ESP ni?Dari tadi tak de citer-citer pun..cu citer cu citer..

ESP ni adalah sumber protein yang membekalkan 14 gram protein soya NON-GMO berkualiti tinggi bersama dengan kesemua ASID AMINO yang diperlukan oleh tubuh bagi proses sintesis protein termasuk sembilan ASID AMINO penting ..ESP adalah rendah lemak,bebas laktosa dan kolestrol..Berbanding kalau kita ambil sumber protein yang lain seperti daging,telur dan susu.Sebiji telur sahaja sudah membekalkan 213mg kolestrol,kurang 83mg kolestrol yang diperlukan oleh badan.Kalau dah pagi makan telur goreng,tengah hari telur masak sambal,malam telur rebus pulak,berapa banyak kolestrol daa...Lagi-lagi apa yang best sangat ni?Ada lagi.ESP membekalkan 5 vitamin B yang penting,separuh daripada keperluan kalsium harian dan soya isofalvones...

Adakah sumber soya boleh menyebabkan punca barah?Bagaimana pula dengan ESP Shaklee?

Ni yang saya nak cerita ni..Perbezaan Shaklee dengan produk protein yang lain.
Soya yang di gunakan oleh Shaklee tidak di ubah suai secara ginetik (NON-GMO)Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti..

Produk GMO ni boleh menyebabkan allergic,sebagai punca kanser dan toxic..Kalau nak beli produk dari sumber soya,check dulu kat produk dari jenis GMO ke NON-GMO....sayangi diri anda...Nanti saya akan terangkan banyak-banyak lagi pasal ESP ni..Mengantuk dah rasenya...
Kalau mahu keterangan lanjut dan harga runtuh,jangan malu dan jangan segan untuk hubungi saya..

Shaklee ID
paefaizah
017-6794584
Posted by Unknown On 08:47

Jawapan saya adalah YA,kita perlu mengambil vitamin..Kenapa saya perlu ambil vitamin? Saya tak ada penyakit pun...Hari-hari saya makan buah-buahan,hari-hari saya bersenam..Adakah saya perlu mengambil vitamin atau makanan tambahan?

Jawapan saya, YA perlu.Pasai apa pulak eeeh...Gua muda lagi beb..Kuat,cergas,bertenaga..Sebab kita tak sakit lagi lah kita perlu cegah dari sekarang.Sebab kita masih kuatlah kita nak pelihara tubuh kita awal-awal sebelum dapat sakit.Kalau kita dah sakit,ada duit ke,tak ada duit ke,kita MESTI keluar duit juga,betul tak?
Lagilah mahal dan banyak kosnya..Ada insuran katanya..Tapi sanggupkah kita terlantar di hospital?Hari-hari di paksa makan ubat,kalau sakit kronik,takut lagi..

Kita ni tua-tua lah nak sihat,masa tu anak-anak dah besar,kita pun ada BANYAKKKK masa untuk beribadat pada Allah.Sekarang pun kita kena beribadat kepada Allah,tapi kita terpaksa bahagikan masa untuk komitment yang lain seperti berkerja,menguruskan rumah tangga,menguruskan anak-anak dan sebagainya..Masa dah berusia lah sebaik-baiknya kita nak tumpukan banyak masa dengan Allah,sebab kubur dah lambai-lambai panggil kita..Kalau sakit,macam mana kita nk buat ibadah,sakit lutut je pun boleh buat kita susah nak solat,terseksa,ini kan pula kalau sakit kritikal.Mintak-mintak dijauhkanlah..
 
Kenapa masa tua je nak sihat?Masa muda?Sebelum tua,kita muda.Macam kereta,contohlah,kita naik kereta,tapi tak jaga kereta,kita hanya pandai start kereta,pastu jalan.Kita tak tukar minyak hitam,tak isi minyak pelincir,tak isi air,tak check air bateri,tak pergi servis,rasenya kereta kita tu lama2 rosak x?Lu pikir la sendiri..hehehe..Masa muda lah start kita jaga kesihatan,kalau dah sakit org dah tak penggil jaga kesihatan lagi..
 
Ada 7 sebab kenapa saya dan anda perlu mengambil vitamin.
 
  1. Kehidupan kita zaman kini sibuk.Saya tak kata kat orang lainlah,saya sendiri pun sama.Sebab terkejar-kejar masa,perut lapar,kadang-kadang berseorangan,tempat makan tak tau di mana,arrrghh,senang je,cari je fast food,Mc D ke,KFC ke,Burger King ke,sebut je,janji dapat makan.Makan fast food ni banyak MSG,lepas tu minum air berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi!!!
  2. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih  tinggi berbanding apa yang kita dapat perolehi daripada makanan seharian.Kalau dah hari-hari makan fast food,manalah kita nak dapatkan vitamin..hihi..kalau x makan setiap hari pun,dek kerana sibuk kadang-kadang beli buah pun jadi perhiasan saja ,dari meja makan,pastu pindah dalam peti ais..Last-lastnya jadi kecut..
  3. Kita makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan berharap dapat vitamin.Tumbuhan pun seperti manusia,kalaulah kita tanam di tanah yang tak cukup galian dan mineral,buah dan sayuran pun kurang khasiatnya.Di tambah lagi kalau semasa proses penanaman,kita gunakan racun perosak,racun serangga dan pelbagai lagi racun,sudah tentulah mempengaruhi kualiti buah-buahan yang kita ambil.
  4. Agak-agaknya berapa lama buah-buahan dan sayuran yang di petik sampai kat kita?Ada yang ambil masa berbulan-bulan lamanya,masa tu vitamin C dah hilang ..Zat-zat ,mineral dan vitamin C mudah musnah ketika proses pengangkutan dan semasa memasak.
  5. Merokok,pengambilan ubat-ubatan ,antibiotic sebenarnya mengganggu penyerapan zat makanan..Setiap kali perokok menghisap sebatang rokok,badan akan kehilangan sebanyak 50-100mg vitamin C dalam badan..Selain itu,pengamalan diet yang tinggi kafein,lemak,gula dan kolestrol mengganggu penyimpanan zat makanan dalam tubuh badan kita..Kita kononnya diet ketatlah,nak kurus tanpa kita sedari sebenarnya ia tidak bagus untuk kesihatan..
  6. Kita makan sebab kita lapar..Pernah tak kita terfikir untuk makan makanan yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan semasa masih ada waktu?Kita makan tanpa mengamalkan amalan pemakanan yang sihat untuk tubuh badan..
  7. Adakah anda ingin mengamalkan amalan yang sihat,tetapi tidak tahu bagaimana?Vitamin apakah yang sesuai.Anda mahukan tips?Apa tunggu lagi..
Hubungi saya untuk ..
 
  • Tips Ekslusif
  • Nasihat pemakanan percuma
  • Harga vitamin Shaklee yang berbaloi-baloi..
  • Izinkan saya membantu anda menambah nilai dalam kehidupan anda..
Shaklee Indipendent Distributor
Paefaizah
017-6794584