Sunday 12 January 2014

Posted by Unknown On 00:23

Assalamualaikum wbt..

Teringin untuk saya menulis blog ini hari-hari,namun keadaan tidak mengizinkan saya untuk menulis.
Saya rasa dah 3-4 tahun tak saya aktif dalam blogging,bahkan menulis pun tidak hatta dalam diari.Sebab passion saya adalah melalui penulisan tapi terpesong pada kejuruteraan.Semua adalah perancangan Allah.
Terlalu banyak rsanya nak saya coretkan nak saya luahkan di sini.Jika suatu hari nanti, di izinkan Allah,nak saya terbitkan sebuah buku bibliografi saya atau buku motivasi sebagai panduan untuk mereka0mereka di luar sana.

Perkara pertama nak saya nukilkan di sini tentang shaklee. Bukan kerana saya semata-mata nak saya promotekan jenama ini, tetapi Allah membuka hati saya untuk lebih dekat dengannya melalui shaklee. Saya memang minat berniaga, tetapi kalau dalam MLM saya memang tak berminat langsung.Ataupun sistem jualan-juaalan langsung yang lain kerana saya tidak tahu bagaimana caranya,nak kena cari orang,bukan bidang saya.Dulu masa belajar,saya pernah masuk dalam Elken,dengan niat semoga dapat lah saya memulakan perniagaan walaupun masih lagi seorang pelajar.Namun,setelah menjadi ahli,upline saya langsung tidak follow up saya,no guidance, akhir-akhirnya saya jadi suam-suam kuku dan wang saya lebur begitu saya.Lepas itu,masa bekerja ni saya pernah masuk Sophie's Paris,iaitu jualan beg wanita secara online dan ala-ala tupperware,Avon,tetapi saya sendiri tidak tahu macam mana nak memulakannya tanpa guidance,tapi sokongan dan dorongan.

Saat dua tahun kebelakangan ini,saya pasti akan demam pada setiap bulan.Mc saya setiap bulan mesti 2 hari,Kalau paling teruk mesti sampai ke 4 hari pun ada.Kalau datang bulan,saya mesti kena telan 2 pil ponstan tu untuk menghilangkan kesakitan senggugut,kalau tak makan,tak dapat kerja.Kadang-kadang,klinik in-house tidak akan bagi MC kecuali kita dah tahap teruk sangat-sangat.Mak saya beritahu saya,makanlah vitamin,macam ayah,makanlah makanan berkhasiat..Saya ni duk pk,vitamin apa lah yang aku nak makan..?Jenis apa? Untuk apa?Nak beli kat farmasi nak cari yang bagaimana?Saya cuba tanya kawan-kawan kalau-kalau adalah yang tahu,mungkin mereka tak alami macam saya atau memang tak ada orang yang mengamalkan pengambilan vitamin dalam kehidupan.Cuma MUn yang beritahu saya, dia ambil spirulina,susu kambing,madu,kismis dan susu.Wow,memang berkhasiat,tetapi saya jenis yang sibuk,kalau balik rumah,saya memang dah tak makan atau jarang makan.Saya asyik bekerja,dunia saya hanya di kilang.

Say cuba pergi ke farmasi.Banyak farmasi di sekitar Damansara ni.Tetiba saya masuklah dalam sebuah farmasi cosway.Cantik.Banyak vitamin.Banyak supplemen.Pekerja farmasi ini asyik mengekori saya.Entah yang mana satu nak saya ambil.Hanya berdasarkan bacaan pada botol.Kebanyakkannya tidak di terangkan secara details tentang fungsinya.Saya rasa tak jatuh cinta untuk membeli,sebab saya tak tahu apa fungsinya.Kenapa saya patut beli.?Akhirnya ianya berlalu begitu saja.Keadaan kesihatan saya masih lagi di takuk lama.Masuk saja usia 30-an, berat badan semakin naik walaupun saya dah cuba berdiet,makan lobak,pergi aerobik,makan bijirin,dan macam-macamlah yang saya buat.Namun hanya turun sebanyak 0.2KG!!ooo kecewanya rasa hati..Lantas saya pun lupakan saja.Pernah juga saya cuba-cuba beli produk yang di jual di pasaran,minum itu,makan pil slimming herba,sapu yang panas,yang HOT,semualah.Tapi yang laing tak bleh tahan,makan pil kurus dan minum minuman utk diet tu,tak sempat naik ke EPSON,dari parking,sakit perut macam nak pengsan,rasanya macam muka bertukar menjadi hijau.Sampai je toilet, YA Allah,tak dapat saya gambarkan sakitnya tak terperi,macam kena gastrik!bukan sekali masuk toilet, 5 kali.

Pernah juga ke LOndon Management,gara=gara terbeli kupon RM10,terpedaya dengan mystery gift.Dah pergi,kena promote utk amik set slimming dengan RM10K!!ooo,tidaklah saya.Kalau saya kaya ada RM10K,baiklah saya pergi buat umrah,tak pun Siap nak saya berhutang dengan kredit kad.Tak apalah,banyak lagi caranya.Dietician tu sampai kata saya tak akan boleh kurus kalau tak amik slimming program.Nasib baik saya tak terpedaya.Alkisahlah pada suatu hari,saya dalam surau,nak tengok waktu solat.Jadi saya search dalam internet tentang waktu solat.Tetiba dalam website tu ada iklan,NAK JADI JUTAWAN? Nak dapat income banyak?Saya pun tergeraklah hati nak contact no tu.Selepas dah mesej,barulah saya tahu,rupanya puan ni jual shaklee.Saya masa tu teragak-agak nak join sebab saya takut juga macam kes saya yang dulu-dulu.Saya tak nak bazirkan duit saya untuk hal yang saya tak pasti.Tapi dalam pada itu,saya cuba-cuba juga cari maklumat mengenai produk shaklee,apa tujuan dia,jadi saya terjumpalah blog mamafaiz, iaitu blog PM cery. Dalam blog tu memang di terangkan details mengenai setiap vitaminnya,fungsinya,kenapa saya perlu makan vitamin tu..Bermulalah kisah saya dengan shaklee..






0 comments:

Post a Comment