Tuesday 29 April 2014

Posted by Unknown On 01:56
Assalamualaikum wbt..

Dulu,saya pernah kena begini dengan seseorang yang baik dengan saya,yang boleh dikatakan orang bawah saya,tiba2 saya di marahi di hadapan khalayak ramai,kalau nak ikutkan saya yang patut marahkan dia,tetapi sebaliknya yang berlaku.Saya berasa sedih dan sangat kecewa,pelbagai rasa yang saya hadapi.Hari-hari saya payah sekali, kerana nak atau tidak,terpaksa saya lihat muka dia.

Dan kisah ini tersebar dan saya sendiri tidak tahu apa pandangan orang pada saya.Tapi kata Prof Dr.Muhaya,jangan pedulikan kata orang,tapi pedulikan kata Allah.Setelah ia berlalu,dah lama ia berlalu,apabila saya fikir-fikir balik,saya berterima kasih padanya sebab di sebabkan peristiwa itu saya telah terselamat untuk beberapa perkara.

1.Saya sudah tidak lagi bersama kumpulannya.Hanya sekadar senyum dan tidaklah terlalu rapat.Saya tidak lagi mengumpat,tidak lagi mencari gossip hangat untuk dibincangkan..Ya Allah,saya telah terselamat dari dosa.

2.Saya mula merenung kembali,adakah saya pernah melakukan hal itu kepada orang lain?Jawapannya ya,kepada pekerja indon,di dalam proses..Sekalipun dia pekerja,dia tetap seorang manusia yang punya hati.Masya Allah.

3. Saya mula merenung kembali pergaulan saya dengan orang ramai,dengan kawan2 sekerja dari department lain,proses lain,saya merasakan suasana ketengangan dan stress itu mempengaruhi saya untuk tidak bertindak dengan sebaiknya.Alhamdulillah,saya mula berubah dan cuba untuk tidak membiarkan persekitaran mempengaruhi saya.

4.Saya mula dekat pada Allah.Hati secara automatik menjadi tenang,rasa senang,sebenarnya perasaan bencikan orang ni sangat menyakitkan.Tiada ubatnya.Kebencian itu seperti racun dalam diri.Kita akan rugi sahaja sebenarnya.Saya bercakap melalui pengalaman..Nak memaafkan memang payah jika tanpa cahaya hidayah dari Allah.

5.Saya mula memikirkan hidayah yang kita dapat ni salah satunya dari doa ibu bapa ,sahabat,adik beradik kita tapi jangan lupa,mungkin orang yang kita anggap musuh,orang yang kita benci,dialah yang mendoakan kita..


Maka,cuba dan cuba mendekatkan diri pada Allah.Jangan tinggalkan Al-Quran walau 1 ayat dalam 1 hari..Cubalah,rasa magik sekali..

0 comments:

Post a Comment