Saturday 28 December 2013

Posted by Unknown On 00:41

Kurus ooo kurus..

Saya masih terkial-kial juga untuk menulis blog ini,memang sudah buta IT walaupun dulu saya adalah penulis tegar blog,pagi,petang,siang dan malam saya tulis blog.Ikut kata hati muda, yang penuh dengan sifat memberontak..Sekarang usia mengajar kita untuk lebih berfikir dan berhemah..

Dulu..berat saya lebih kurang dalam 55 -58 kg.Kiranya 58kg tu dah kira gemuklah..Saya tak berdiet,saya rasa sayalah yang paling banyak makan berbanding orang lain.Dah malam pukul 10 pun saya sanggup lagi keluar dari kolej,naik motor kriss saya tu untuk beli Mc D kat seksyen 3. Kalau pegi pasar malam, orang lain beli 1 jenis makanan saja, kalau beli nasi, dahlah, saya boleh beli 2 nasi,makan masa maghrib dan ada sesi kedua pulak, bila malam pukul 10.Saya tidak bersenam.Punyalah malas dan tidak suka bersukan..
Fakulti saya yang dekat je dengan kolej tu pun saya naik motor.Itu bolehlah dikatakan agak jauh juga nak berjalan (ramai je yang jalan kaki),daripada bilik untuk ke dewan makan pun saya jarang-jarang jalan kaki, saya naik motor saja..Bila time saya bersenam? Hahaha..bila pergi shopping, tak kira lah shopping kat mana,kat pasar seksyen 13 ke,pasar malam ke,jusco ke,boleh dikatakan semua tingkatlah saya jelajah, kalau pasar seksyen 13 tu daripada pukul 8 pagi (sampai dari kampung, turun bas je,pergi hostel,mandi pun tidak),terus pegi pasar seksyen 13.Punyalah enjoy hidup di kala tu..Itu dulu.Masa muda-muda..sekarang pun muda lagi...


Ini gambar saya yang dulu, zaman belajar..zaman UiTM dulu-dulu..Sejak setahun ni, berat badan saya mula naik..daripada 58kg tu naik ke 62kg..(tapi tak nak terima kenyataan,saya kata tak lah,rosak penimbang ni)..saya buat-buat tak tahu lagi.Biasanya dulu-dulu, kalau berat saya naik, saya kurangkan makan daam masa seminggu,atau tak makanlah,makan ringan-ringan saja,saya boleh stabilkan balik berat badan saya.

Jadi..saya pun buatlah praktis macam saya buat dulu..Tapi bukan makin turun,makin naik..Apa pasal ni??
Jadi saya mulakan langkah-langkah untuk berdiet,makan buah-buahan lebih,makan sayuran,lobak kecil tu makan macam tu saja,makan tomato kecil-kecil tu dan makan bijirin fitness nestle tu.Dan siap pergi jogging seminggu sekali..Timbang punya timbang turunlah 0.5kg..Tapi tak memberangsangkan semangat saya,sebab buat penat-penat,turun 0.5kg saja dalam masa 2 minggu..

Disebabkan tak ada X faktor,saya taklah meneruskan keazaman saya.Masa nak derma darah bulan lalu,apabila nurse timbang berat badan saya..OOOOhh TIDAK!!!
Daripada 62kg tu telah naik kepada 69 kg!!!! Apa sudah jadi..gemuknya saya!!!
Apa tindakan saya..Apa perlu aku lakukan ni???
Kita ke entry seterusnya..


Shaklee Independent Distributor
SMS atau wassup : Faizah : 017-6794584

Tuesday 24 December 2013

Posted by Unknown On 23:22
Assalamualaikum.. Dah bertahun rasanya saya meninggalkan dunia blog..Hari ini saya mulakan kembali keraan Shaklee!! Alhamdulillah minggu lepas saya mula mengambil langkah pertama dengan memulakan bisnes shaklee dengan niat untuk menambah baik kehidupan saya kepada yang lebih baik dan lebih bermakna ,Inshaa Allah. Kenapa saya memilih Shaklee?? Saya sudah mulakan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi, atas dasar minat. Ayah saya sendiri mencari nafkah dengan berniaga, begitu juga emak, nenek dan ibu saudara saya.Namun tidak terlintas langsung untuk saya memulakan perniagaan dengan Shaklee, atau apa jua nama-nama bisnes yang lain. Masa di bangku sekolah, saya mulakan bisnes menjual t-shirt, barang-barang perhiasan wanita seperti cekak rambut, getah rambut dan kerongsang. Idea itu datang daripada kawan baik saya, Wan Nazuwa Abdullah dan Farhana Munirah. Pada ketika itu, t-shirt kasut dan billabong sangat 'glamer' di kalangan remaja.Pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi saya. Masa kat UiTM pula, saya, Fina dan Sue memulakan perniagaan sewa troli di asrama. Kenapa sewa troli? Setiap penghujung samester, kami mesti membawa balik barang-barang ke rumah, tidak di benarkan menyimpan di asrama.Kadang-kadang saya pelik juga, duduk satu samester sahaja, tapi barangnya macam duduk 1 tahun, macam dah tak nak balik ke rumah. Dari bilikl untuk ke lif, jaraknya agak jauh, bergantung pada jarak bilik anda. Kami hanya 3 orang sahaja, jika di campur dengan jaja,kak E dan Qilah pun, banyak mana sangat tenaga kami untuk mengangkut semua barang-barang kami. Pada suatu hari, kami tengok ada orang bawa troli untuk mengisi barang, kami pun terlintaslah di hati nak meminjam. Tapi malu pun ada, tak kenal, tak terluah kata-kata nak meminjam,risau takut-takut tak di beri. Akhirnya kami ambil keputusan beli sendiri dan sewakan pula troli itu pada sesiapa yang nak meminjam dengan bayaran RM2 untuk 1 jam..WOW!! Sambutan yang luar biasa hebat... Kisah seterusnya tentang Shaklee...Mungkin sudah faktor usia, rasa tak terlarat pula saya..KIta sambung lagi pada entry seterusnya.. Saya sudah join Shaklee..Anda Bila Lagi? Whassup & sms : Faizah :017-6794584