Saturday 13 December 2014

Posted by Unknown On 08:05









Vitamin C ni sinonim dengan kecantikan..
Betul x?

Ada juga yang fikir vitamin C ini untuk pertahanan sistem badan.

Betul ke tidak?

Kedua-duanya pun betul.Tak salah.
Cuma kebaikan vitamin C ini sangat banyak.Dan lebih dari itu.
Pertamanya saya nak kingsikan kebaikan vitamin C ni lebih kepada kecantikan kulit dan rambut,kerana kedua elemen ini sebenarnya sangat sinonim,sangat penting,sangat femes dalam kehidupan kita terutamanya kita yang bergelar wanita.
Siapa tidak mahu cantik bukan?Lebih-lebih lagi yang mempunyai suami,yang mepunyai buah hati,ataupun yang sememangnya suka kelihatan cantik berseri.

Kebaikan Vitamin C untuk kulit


1. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

2. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan

3.Membaiki Tekstur Kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.




Kebaikan Vitamin C untuk Rambut


Rambut adalah elemen yang penting bagi seorang wanita.Tak kira lah masih anak dara ataupun dah mak dara.Mak dara lagilah kena jaga rambut.Nanti kalau suami komplen rambut busuk lah,rambut banyak gugur lah.SEmua boleh jadi alasan untuk tuuuttt..
haa..Jadi sebelum jadi gitu,marilah kita jaga diri kita biar cantik sentiasa.Kalau dia tak nampak,dia memang rugi besar..Tapi kalau dah cantik,mesti dia sayang isteri dia.Dia takkan tengok lain dah.

Rambut gugur
Rambut berkelemumur
Rambut bercabang

Memang kita selalu menghadapi masalah ini.Siapa pernah pergi ke kedai rambut yang khusus untuk syampu rambut,bahan-bahan penjagaan rambut?Harganya boleh tahan juga.Kalau pergi dekat tempat rawatan rambut sepeti Yun Nam.Miracle lagilah mahal.
Pelbagai cara di suggestkan untuk kita.
Saya pernah terkena satu promotion tentang syampu rambut.Katanya melalui bayaran RM30 ini,saya akan dapat mebuat rawatan rambut untuk mengetahui samaada kepala saya mempunyai satu jenis kutu rambut atau tidak.Malahan saya di janjikan pula dengan syampu free yang mengikut jenis rambut kita.
Ternyata ia dongengan si penjual dan rambut saya menjadi terrrrrsangat gatal memakai syampu free itu.Sebenarnya saya seolah-olah dipaksa untuk mengambil satu set syampu kepala yang harganya ratusan ringgit,di mana saya tidak tahu tentang produk itu dan bagaimana keberkesanannya.

Melalui vitamin C ini,dengan harga yang x sampai pun RM100 kak,kita boleh juga merawat masalah rambut ini dengan lebih berkesan.

Saya kongsikan bagaimana fungsi vitamin C pada rambut

4. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat

5. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

6. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

Rambut gugur ni memang tak bestkan?
Berterabur rambut atas lantai kan?
Cepatlah ambil vitamin C..

7. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.


8. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
Kalau ada suami yang belum botak,cepat2lah suggest kat suami.Kalau dah banyak gugur,bagi juga kat suami.Mana tau dapat membantu untuk rambut tumbuh kat bahagian botak tu.


9. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.Siapa nak rambut uban.Betul x?
Sementara rambut masih hitam,mari kita elakkan sebelum terjadi.

Kebaikan-kebaikan yang lain dalam vitamin C

10. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



11. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

12. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.


13. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


14. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



15.Keracunan plumbum.

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.



16. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

17. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



18. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.



19.Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



20. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.



21. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.



Bacaan lanjut: Sirap Ajaib Untuk Kurangkan Risiko Serangan Jantung

22. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



23. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



Banyakkan kebaikan vitamin C..
Murah bagi saya vitamin C shaklee ni
Lebih-lebih lagi dengan promosi berganda sempena Dec ni.


Faizah
017-6794584

Jom dapatkan konsultansi percuma dari saya..












Friday 12 December 2014

Posted by Unknown On 07:00
Kenapa saya perlu kaya?









Kaya kaya kaya
Miskin miskin miskin

Anda mahu yang mana?
Dulu, saya tak pernah terfikir ataupun bercita-cita ingin menjadi kaya.
Kenapa perlu kaya?Saya bukannya miskin dan saya sentiasa berada di dalam comfort zone.
Sekalipun tidak mewah tetapi kehidupan saya dari kecil sampailah masuk ke alam pekerjaan jarang-jarang sekali
di uji dengan kesusahan dan kepayahan.
Minta maaf,saya tidak sekali-kali untuk riak.Namun itulah hakikat yang saya lalui sebelum ini.
Apa kepayahan ibu bapa saya tidaklah saya ketahui,betapa besar pengorbanan ayah dan ibu saya supaya kami semua tidak berasa susah
dalam kehidupan,lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar.

Dulu-dulu, saya tak terfikir pun untuk menjadi kaya.Kenapa perlu kaya.
cukuplah sekadar senang.Jangan lah sampai kaya,kata seorang kawan saya.
Kenapa pula tanya saya ketika itu?
Sebab kaya ini boleh buat kita lupa diri.
Betul juga dalam hati saya.

Segalanya bertukar selepas saya masuk ke alam pekerjaan.
Segala urusan kehidupan perlu saya uruskan sendiri tanpa bantuan ibu dan ayah lagi,kerana telah bekerja.
Sehinggalah saya berasa agak tertekan dengan pekerjaan sekarang ini,saya fikir kena cari alternatif lain jika ingin berhenti dari kerja.
Saya tidak boleh berhenti tanpa pekerjaan lain atau tanpa sumber pendapatan lain.
Lalu terjebaklah saya dengan shaklee.Kisah ni panjang lagi.Akan saya ceritakan dalam ruangan yang lain.

Selama lebih kurang 11 bulan saya berada dalam dunia Shaklee,saya belajar dan mendapat hidayah yang sebenarnya rezeki dan kekayaan itu
bukanlah untuk diri sendiri sahaja.Tetapi untuk agama,untuk keluarga,untuk akhirat..bukanlah kaya untuk beli Ferrari,atau kereta mewah yang banyak,
barang kemas memenuhi segenap ruang badan,atau mungkin barangan yang mewah dan branded,ia lebih kepada tuntutan akhirat..
Saya melihat seorang sahabat saya yang sudah pun bergelar Master dalam shaklee, dengan rezeki yang banyak itu lah dia memberi makan beratus orang
sahabat dan ahli keluarga Shaklee dalam majlis berbuka puasa.Tiada bayaran hatta RM1 pun..Masya Allah,teringat saya akan pahala orang yang memberi makan
orang yg berpuasa,pada bulan Ramadhan pula tu.Bukan makan biasa-biasa.Bukan sekadar berbuka nasi goreng dan air sirap kawan-kawan..
Buka puasa dengan hidangan ala hotel 5 star..Kalaulah tiada duit,adakah kita berkemampuan untuk berbuat demikian?
Bahkan beliau berjaya membawa kedua ibu bapa melancong ke luar negara,dan juga ulang alik dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Tidak teringinkah kita menggembirakan mereka setelah mereka berhempas pulas membesarkan kita selama berpuluh tahun lamanya?

Pada bulan puasa yang lalu,surau di tempat saya memerlukan dana sebanyak RM4000 untuk majlis berbuka puas bersama anak yatim..Namun,tiada seorang pun yang mampu menyumbangkan
dana sebanyak itu.Kami semua golongan marhaen yang biasa-biasa.Maka trepaksalah kami meminta sumbangan dari orang perseorangan dan juga badan-badan korporat yang lain.
Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?Saya terfikir,jika aku adalah orang kaya,tidaklah aku biarkan kami meminta sumbangan dari yang lain,akan ku
sumbangkan wang sebanyak itu.Jadi,perlukah kita untuk menjadi orang yang kaya raya?

Kaya arau miskin hanyalah asbab untuk kita masuk syurga atau neraka.
Ada orang miskin yang masuk neraka
Ada juga orang miskin yang masuk syurga
Ada orang kaya yang masuk neraka
Ada juga orang kaya yang masuk syurga

Saya memilih untuk menjadi orang kaya untuk masuk syurga.

Wang juga boleh menjadi pengerat kasih sayang dan boleh jadi pemusnah kasih sayang.
Apabila kesempitan,tekanan hidup,kasih sayang boleh bertukar menjadi benci.
Seorang suami boleh jadi membenci isterinya,malahan seorang isteri boleh juga menjadi harimau betina yang garang
dalam mempersoalkan tentang wang kepada sang suami.
Jika dahulu mungkin mereka berkasih sayang dengan aman dan bahagianya,tetapi kerana desakan hidup,boleh jadi segalanya bertukar
tanpa di sangka-sangka.Kasih sayang itu boleh bertukar menjadi dendam dan persengketaan.
Lebih-lebih lagi jika iman rapuh dan tidak kuat.

Kehidupan dunia yang semakin meruncing dengan kenaikan harga barangan,kenaikan harga minyak
sedangkan jumlah gaji kita tidak pun naik2.Dengan nilaian wang yang semakin merusut,adakah tindakan yang bijak
kita hanya mengeluh,marah pihak-pihak tertentu.Adakah wang kita akan bertambah jika hanya merungut dan marah-marah?
Adakah selepas itu kita akan menjadi kaya-raya?Kita sama sahaja bukan?
Yang naik,tetap naik.Kita terpaksa meneruskan kehidupan ini seperti biasa juga.
Mana satu yang lebih baik?Kita berusaha menambah pendapatan kita atau menunggu harga sesetengah barang akan menurun?

Apa pandangan anda tentang wang?
Adakah wang yang bersalah?
Apa tindakan anda?

Saudara-saudaraku,tahukah kita Rasululullah memberikan 40 ekor unta kepada Siti Khadijah sebagai hantaran semasa menikahi Siti Khadijah.
Saya lupa apa nama unta itu.Harga unta itu adalah sama dengan harga sebuah Ferrari pada zaman ini.Wow,kayakan Rasululullah?
Tapi selepas itu Rasululullah banyak berkorban demi Islam.Teringat saya kisah Saidina Abu Bakar As-siddiq pernah membeli sebuah telaga daripada seorang yahudi
pada zaman Rasulullah.Pada ketika itu,umat Islam di landa masalah ketiadaan air.Sedangkan telaga itu kepunyaan seorang yahudi.
Maka Saidina Abu Bakar membeli telaga itu dengan harga yang sangat mahal untuk kegunaan umat Islam pada ketika itu.Maka perlukah kita wang yang banyak
untuk Islam?

Berapa yang kita hulurkan pada mak ayah kita pada setiap bulan?
Tidak teringinkah kita untuk menyumbangkan 4 angka setiap bulan kepada mereka?
Sanggupkah kita untuk melihat mereka bekerja lagi dalam usia yang senja ini?
Tidak teringinkah kita untuk memberikan mereka masa untuk beribadah kepada Allah,ke masjid dan surau,
boleh berjalan2 makan angin dan mengerjakan haji dan umrah.
Tidak terdetikkah di hati kita?
Sampai bilakah kita hanya mampu memberikan sekadar apa yang kita ada sahaja?

Fikir-fikirkanlah..