Monday 28 April 2014

Posted by Unknown On 07:21
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini saat ini saya sudah mula mendapat semula rasa saya yang kosong tu..Alhamdulillah,dengan izin dan rahmat-Nya..

Saya yang dulu,saya rasakan agak berbeza dengan hari ini.Saya yang dulu banyak hal2 positif dalam diri saya.Ada sifat negative,ianya boleh saya katakan sedikit sahaja.Namun segala-galanya berubah setelah memasuki alam pekerjaan yang penuh cabaran dan dugaan,dunia sekeliling yang berbeza daripada alam persekolahan,alam university,kawan-kawan yang berbeza dan komuniti yang berbeza.
Namun,seperti kata Prof Dr.Muhaya,kita tidak boleh menyalahkan suasan persekitaran kita,kita yang perlu menjadikan suasana itu yang mengikut kita,bukan kita yang berubah.Jadi sebenarnya persediaan mental dan fizikal itu juga penting.Namun saya tidak sekali kali menyesal.Segalanya itu adalah pelajaran kehidupan yang Allah berikan kepada saya.Alhamdulillah.

Sejak 2 menjak ini saya mula mengubah diri saya untuk ke arah yang positif.Saya merasakan tidak mudah,hati saya terasa positif.Ya Allah,terasa sukar,setiap kali saya berasa begitu,saya cuba berulang kali mengingatkan bahawa hidup ini adalah perjuangan,kita ini askar yang berjuang,adakah kita mahu menyerah kalah sebelum berjuang?Jadi,,untuk mengekalkan rasa positif saya itu,saya cuba menulis status yang baik2 di fb samaada saya ambil daripada bahan pembacaan saya ke,daripada video Prof.Dr.Muhaya ke,daripada group wassup saya cuba tulis dalam fb adalah untuk diri saya sendiri,supaya meresap perkara yang baik itu dalam diri sebelum memulakan hari saya,ia adalah sebagai doa saya dan saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan saya tentang hal2 kebaikan.Bukanlah saya nak mengatakan saya ni pandai,saya nak menegur orang,tidak sama sekali.Siapa lah saya,hanya seorang hamba yang banyak menzalimi diri sendiri.

Setiap hari saya cuba mendengar video dari Prof Dr.Muhaya agar sentiasa otak mendengar hal2 yang baik-baik,bukan hal yang sebaliknya kerana jiwa sendiri pun ada sikit2 hal yang negative itu,kalau boleh saya tidak mahu ke arah haluan kiri.Biar hati saya terus bergerak ke laluan kanan.Biarlah hari ini lebih baik dari semalam.Jika semalam kita ni jahat,kita sombong mungkin,kita banyak mengumpat..biarlah hari ini kita tinggalkan semua itu.Biarlah apa orang kata,kita tak perlu ambil kisah,yang penting kita fikir apa yang Allah kata tentang diri kita.

Wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment