Friday 12 December 2014

Posted by Unknown On 07:00
Kenapa saya perlu kaya?









Kaya kaya kaya
Miskin miskin miskin

Anda mahu yang mana?
Dulu, saya tak pernah terfikir ataupun bercita-cita ingin menjadi kaya.
Kenapa perlu kaya?Saya bukannya miskin dan saya sentiasa berada di dalam comfort zone.
Sekalipun tidak mewah tetapi kehidupan saya dari kecil sampailah masuk ke alam pekerjaan jarang-jarang sekali
di uji dengan kesusahan dan kepayahan.
Minta maaf,saya tidak sekali-kali untuk riak.Namun itulah hakikat yang saya lalui sebelum ini.
Apa kepayahan ibu bapa saya tidaklah saya ketahui,betapa besar pengorbanan ayah dan ibu saya supaya kami semua tidak berasa susah
dalam kehidupan,lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar.

Dulu-dulu, saya tak terfikir pun untuk menjadi kaya.Kenapa perlu kaya.
cukuplah sekadar senang.Jangan lah sampai kaya,kata seorang kawan saya.
Kenapa pula tanya saya ketika itu?
Sebab kaya ini boleh buat kita lupa diri.
Betul juga dalam hati saya.

Segalanya bertukar selepas saya masuk ke alam pekerjaan.
Segala urusan kehidupan perlu saya uruskan sendiri tanpa bantuan ibu dan ayah lagi,kerana telah bekerja.
Sehinggalah saya berasa agak tertekan dengan pekerjaan sekarang ini,saya fikir kena cari alternatif lain jika ingin berhenti dari kerja.
Saya tidak boleh berhenti tanpa pekerjaan lain atau tanpa sumber pendapatan lain.
Lalu terjebaklah saya dengan shaklee.Kisah ni panjang lagi.Akan saya ceritakan dalam ruangan yang lain.

Selama lebih kurang 11 bulan saya berada dalam dunia Shaklee,saya belajar dan mendapat hidayah yang sebenarnya rezeki dan kekayaan itu
bukanlah untuk diri sendiri sahaja.Tetapi untuk agama,untuk keluarga,untuk akhirat..bukanlah kaya untuk beli Ferrari,atau kereta mewah yang banyak,
barang kemas memenuhi segenap ruang badan,atau mungkin barangan yang mewah dan branded,ia lebih kepada tuntutan akhirat..
Saya melihat seorang sahabat saya yang sudah pun bergelar Master dalam shaklee, dengan rezeki yang banyak itu lah dia memberi makan beratus orang
sahabat dan ahli keluarga Shaklee dalam majlis berbuka puasa.Tiada bayaran hatta RM1 pun..Masya Allah,teringat saya akan pahala orang yang memberi makan
orang yg berpuasa,pada bulan Ramadhan pula tu.Bukan makan biasa-biasa.Bukan sekadar berbuka nasi goreng dan air sirap kawan-kawan..
Buka puasa dengan hidangan ala hotel 5 star..Kalaulah tiada duit,adakah kita berkemampuan untuk berbuat demikian?
Bahkan beliau berjaya membawa kedua ibu bapa melancong ke luar negara,dan juga ulang alik dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Tidak teringinkah kita menggembirakan mereka setelah mereka berhempas pulas membesarkan kita selama berpuluh tahun lamanya?

Pada bulan puasa yang lalu,surau di tempat saya memerlukan dana sebanyak RM4000 untuk majlis berbuka puas bersama anak yatim..Namun,tiada seorang pun yang mampu menyumbangkan
dana sebanyak itu.Kami semua golongan marhaen yang biasa-biasa.Maka trepaksalah kami meminta sumbangan dari orang perseorangan dan juga badan-badan korporat yang lain.
Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?Saya terfikir,jika aku adalah orang kaya,tidaklah aku biarkan kami meminta sumbangan dari yang lain,akan ku
sumbangkan wang sebanyak itu.Jadi,perlukah kita untuk menjadi orang yang kaya raya?

Kaya arau miskin hanyalah asbab untuk kita masuk syurga atau neraka.
Ada orang miskin yang masuk neraka
Ada juga orang miskin yang masuk syurga
Ada orang kaya yang masuk neraka
Ada juga orang kaya yang masuk syurga

Saya memilih untuk menjadi orang kaya untuk masuk syurga.

Wang juga boleh menjadi pengerat kasih sayang dan boleh jadi pemusnah kasih sayang.
Apabila kesempitan,tekanan hidup,kasih sayang boleh bertukar menjadi benci.
Seorang suami boleh jadi membenci isterinya,malahan seorang isteri boleh juga menjadi harimau betina yang garang
dalam mempersoalkan tentang wang kepada sang suami.
Jika dahulu mungkin mereka berkasih sayang dengan aman dan bahagianya,tetapi kerana desakan hidup,boleh jadi segalanya bertukar
tanpa di sangka-sangka.Kasih sayang itu boleh bertukar menjadi dendam dan persengketaan.
Lebih-lebih lagi jika iman rapuh dan tidak kuat.

Kehidupan dunia yang semakin meruncing dengan kenaikan harga barangan,kenaikan harga minyak
sedangkan jumlah gaji kita tidak pun naik2.Dengan nilaian wang yang semakin merusut,adakah tindakan yang bijak
kita hanya mengeluh,marah pihak-pihak tertentu.Adakah wang kita akan bertambah jika hanya merungut dan marah-marah?
Adakah selepas itu kita akan menjadi kaya-raya?Kita sama sahaja bukan?
Yang naik,tetap naik.Kita terpaksa meneruskan kehidupan ini seperti biasa juga.
Mana satu yang lebih baik?Kita berusaha menambah pendapatan kita atau menunggu harga sesetengah barang akan menurun?

Apa pandangan anda tentang wang?
Adakah wang yang bersalah?
Apa tindakan anda?

Saudara-saudaraku,tahukah kita Rasululullah memberikan 40 ekor unta kepada Siti Khadijah sebagai hantaran semasa menikahi Siti Khadijah.
Saya lupa apa nama unta itu.Harga unta itu adalah sama dengan harga sebuah Ferrari pada zaman ini.Wow,kayakan Rasululullah?
Tapi selepas itu Rasululullah banyak berkorban demi Islam.Teringat saya kisah Saidina Abu Bakar As-siddiq pernah membeli sebuah telaga daripada seorang yahudi
pada zaman Rasulullah.Pada ketika itu,umat Islam di landa masalah ketiadaan air.Sedangkan telaga itu kepunyaan seorang yahudi.
Maka Saidina Abu Bakar membeli telaga itu dengan harga yang sangat mahal untuk kegunaan umat Islam pada ketika itu.Maka perlukah kita wang yang banyak
untuk Islam?

Berapa yang kita hulurkan pada mak ayah kita pada setiap bulan?
Tidak teringinkah kita untuk menyumbangkan 4 angka setiap bulan kepada mereka?
Sanggupkah kita untuk melihat mereka bekerja lagi dalam usia yang senja ini?
Tidak teringinkah kita untuk memberikan mereka masa untuk beribadah kepada Allah,ke masjid dan surau,
boleh berjalan2 makan angin dan mengerjakan haji dan umrah.
Tidak terdetikkah di hati kita?
Sampai bilakah kita hanya mampu memberikan sekadar apa yang kita ada sahaja?

Fikir-fikirkanlah..

0 comments:

Post a Comment