Friday 4 April 2014

Posted by Unknown On 22:44
Assalamualaikum wbt..

Kalau di dunia,kita pasti akan fikirkan tentang pencen selepas bersara.Kalau nak kerja kerajaan,salah satunya sebab kemudahan pencen yang kita dapat ni lah.Memang kita patut buat perancangan tentang pencen,kerana dunia sekarang semakin maju dan mencabar,segala-galanya memerlukan wang.

Namun,kita pernah tak terfikir nak sediakan pencen kubur..
Apa kah pencen kubur?
Inilah dia pencen kubur..


Berilah sedekah seikhlas mungkin,kerana itulah bekalan untuk pencen kita di dalam kubur nanti.Tak usah tunggu kaya,baru nak sedekah.Tak semestinya jutaan ringgit kita perlu sedekah,berapa yang kita mampu kita sedekahlah.Namun kebaikan sedekah ini bukan sahaja boleh menolong kita masa kita di dalam kubur esok,malahan kat dunia pun Allah dah balas dengan murahkan rezeki dan tolak bala dalam kehidupan.Selain itu kalau ada saudara mara kita sakit,atau kita sendiri yang sakit,banyakkan sedekah dengan niat agar di sembuhkan penyakit yang sedang kita hadapi.

Ilmu yang bermanafaat,berkongsi ilmu ni tak semestinya kita jadi guru atau ustaz,baru nak berkongsi ilmu.Jika kita ada perkara yang baik,kita sharing saja dalam wassup ke,fb ke,twitter ke,instagram ke,itu pun dapat pahala.Pahala akan berganda jika sentiasa orang amalkan dalam kehidupan.Jadikan gunakan medium yang ada kearah kebaikan,bukan menggunakan untuk hal-hal yang negative.Sebarkan hal-hal yang positif juga membawa kepada pahala.

Doa anak yang soleh dan solehah..Itu saja yang dapat membantu ibu bapa kita jika yang dah tiada..Kerana di dalam sana sudah terputus segala-galanya kecuali 3 perkara ini..Jadi ingat hidup sebelum mati..Selamat muhasabah diri..Jom audit diri..Saya sendir seorang insan yang lemah dan sentiasa mengingatkan diri sendiri.Jom kita sama-sama perbaiki diri..Wallahu'alam..

0 comments:

Post a Comment