Tuesday 1 April 2014

Posted by Unknown On 09:45
Kualiti dan Kuantiti?
Kualiti atau Kuantiti?

Seringkali kita dengar ibu-ibu merungut pasal susu sikit,susu kurang,ketakutan tentang susu tak mencukupi dan pelbagai masalah lain berkaitan susu.Saya tiada pengalaman sendiri dalam penyusuan bayi ni,namun seringkali saya terbaca dalam fb mengenai pemasalahan ini.

Tapi berapa ramai ibu-ibu yang memikirkan soal kualiti susu yang di berikan pada bayi.Adakah cukup sekadar kita bagi baby kita banyak susu,itu sudah mencukupi?Macam mana pula dari segi faktanya?

Tahu tak sahabat-sahabatku,dari tempoh kelahiran bayi sehingga usia 2 tahun adalah tempoh yang sangat kritikal untuk tumbesaran bayi, bagi menggalakkan pertumbuhan yang optimum,kesihatan dan perkembangan tingkah laku.Teringat saya masa zaman dulu-dulu,bila mak pegi klinik kesihatan Manir tu,kalaulah adik(masa tu baby lagi),berat tak naik,mesti meksi(nurse) bebel-bebel..Rupanya perkembangan bayi masa tu TERSANGAT PENTING.KENAPAKAH?

SEBABNYA...
  1. Dalam tempoh 2 tahun usia bayi,kadar pertumbuhan sangat penting.Jika pertumbuhan terbantut, ia tidak mudah dipulihkan selepas kanak-kanak berusia 2 tahun.
  2. Dalam tempoh ini,pemakanan yang tidak mencukupi akan mengakibatkan peningkatan morbidity dan motaliti yang ketara serta perkembangan mental dan motor terbantut.
  3. Kekurangan zat makanan di peringkat awal ini dan jangka masa panjang di kaitkan dengan PENURUNAN PENCAPAIAN INTELEK,KAPASITI UTK BEKERJA,HASIL REPRODUKTIF SERTA KESIHATAN KESELURUHANNYA SEMASA REMAJA DAN DEWASA..
Eh eh..pandai-pandai pulak pae ni cakap macam ni..Mana tau?Akak bukan reka cerita adik saying,segala maklumat ini telah di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga menubuhkan satu ahli kumpulan Teknikal Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak..
Bunyi macam kronik sangat je,sampai tertubuhnya satu kumpulan yang akan merangka saru program pemakanan?Memang pun sebab mengikut data dari Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ketiga menunjukkan kadar penyusuan ekslusif di kalangan bayi berumur bawah 6 bulan hanyalah 14.5% (IPH,2008)

Teringat pula kata-kata Prof Dr.Muhayya..Ibu bapa,jika anak-anak buat salah,jangan terus menerus jatuhkan hukuman kesalahan pada anak,tetapi fikir dan renung kembali apa yang telah kita buat pada anak kita sehingga anak kita jadi macam tu.Apa kena mengena pula..Sahabat-sahabatku baca x kat atas tu,kekurangan zat makanan akan menyebabkan penurunan pencapaian intelek,kalau anak-anak kita tak pandai,dapat result dalam peperiksaan teruk,kita marah..pandai-pandai je pae ni.dia bukannya ada anak pun..Saya melalui proses sebagai anak dan juga punya kawan-kawan,walaupun saya sentiasa cemerlang,tak kena marah..chee wah,tapi suasana sebagai pelajar,sudah pasti akan kena marah kalau tak dapat markah bagus.Tapi sedar atau tidak,masa anak kita berusia 2 tahun tu,cukupkah nutrient yang kita bekalkan pada dia?Saya dah bagi susu kat dia,full breast feeding..Tapi sedarkah anda,apa kualiti susu yang anda bekalkan pada anak anda..

Saya teringat pula tentang pengalaman sendiri.Ada yang bertanya pada saya,ingin menyusu dan ingin kurus.Saya cuba membantu dengan menyarankan vitamin utk ibu yang menyusukan anak dan sekaligus dapat menurunkan berat badan tanpa mengurangkan sedikit pun kandungan nutrient yang diperlukan oleh anak anda,tetapi seolah-olah saya hanya ingin melariskan produk..ooohh tidak,saya menyarankan utk anak anda,kalau anak saya sudah tentu saya memang bekalkan yang terbaik.Kalaulah ibu-ibu tak makan,nak diet,makan telur sahaja ..cthni..apa lah zat yang anak dapat.Akibatnya jadi macam kat atas..Masa tak boleh di undur..wang boleh di cari..

Apa vitamin atau nutrient yang sangat di perlukan oleh bayi yang menyusu ni?

Bayi memerlukan protein,lemak,kalsium,zat besi,vitamin A,zink dan vitamin C sepanjang tempoh 1hari - 2tahun..Pada tahap ini mereka sangat memerlukan kesemua khasiat ini..

Pada usia bayi 1hari - 6 bulan,kualiti penyusuan bayi adalah sangat penting.Kenapa?

Konsultansi Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan dengan Tempoh
Optimum Bagi Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif (WHO, 2001) telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan
memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu. Kajian sistematik yang dijalankan telah mengenal pasti dan merumuskan beberapa kajian perbandingan di antara
penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 4 hingga 6 bulan dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan dari aspek pertumbuhan, status zat besi bayi, morbiditi,penyakit atopik, perkembangan saraf motor, pengurangan berat badan post partumdan amenorea. Di antara faedah utama yang terbukti ialah perlindungan darijangkitan gastrousus bayi. Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara membangun malah juga di negara-negara perindustrian.

 
Bukti lain juga menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan boleh meningkatkan
perkembangan motor dan kecerdikan bayi. Walau bagaimanapun, lebih banyakkajian perlu dijalankan untuk mengesahkannya. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan juga memberi manfaat kepada ibu seperti membantu melewatkan kedatangan haid selepas bersalin dan mempercepatkan pengurangan berat badan.Konsultansi Pakar tersebut mendapati bahawa di peringkat populasi, penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga enam bulan tidak mendatangkankesan negatif terhadap pertumbuhan bayi.

Keperluan nutrien bayi yang lahir cukup
bulan dengan berat lahir yang normal boleh dipenuhi dengan susu ibu sahaja untuk tempoh enam bulan pertama sekiranya taraf pemakanan ibu adalah baik (WHO/UNICEF, 1998)
Cadangan untuk set vitamin Shaklee yang dapat membekalkan vitamin dan nutrient pada anak anda adalah seperti..



.ESP adalah  protein yang sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi .Berbaloi dengan nilai wang anda



Vita-lea iron formula/multivitamin

Mengandungi 12 vitamin,7 galian dan zat besi.Sekitar usia anak 6 bulan, ibu-ibu di syorkan untuk memperbanyakkan  sumber zat besi dalam pemakanan anak-anak.Ada sesetengah doctor juga menyarankan agar ibu-ibu mengambil sumber zat besi dalam pemakanan mereka untuk mengelakkan pitam semasa memerah atau menyusukan bayi.Dan vita-lea adalah supplement yang membekalkan zat besi kepada badan anda.



B-complex


membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

Vitamin-C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.

Inginkan nasihat dari saya?Inginkan tips penyusuan?
Ingin mencuba ?

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Paefaizah
017-6794584




0 comments:

Post a Comment