Friday 18 April 2014

Posted by Unknown On 10:06
Tadi saya melihat video mascel Master Farihah..Rase macam nak menangis.

Sebab masa naik tangga tadi saya terfikir..Arrrgh..malas dah buat bisnes Shaklee ni.Susah.Jual tudung lagi senang lah..Tunjuk terus orang mau.Tak yah malu2.Tak yah berbuih2 mulut nak cter pasal best makan vitamin..Saya baru fikir macam tu.Saya lupa sekejap kenapa saya join Shaklee.Apa tujuan utama saya?
 
Saya tak suka masuk MLM sebab saya tak reti nak promote2,tak reti nak suruh orang masuk jadi downline,tak nak paksa-paksa orang.Macam mana saya boleh masuk Shaklee?

Allah bukakan pintu hati saya.Saya menangis mengadu pada Allah,berikan saya peluang kedua supaya berjaya dalam hidup saya.Ia sukar untuk saya ceritakan di sini,tetapi saya berazam akan menulis kisah hidup saya apabila berjaya agar menjadi sumber inspirasi pada orang lain.Ianya sangat sukar..Allah bukakan pintu hati saya join Shaklee ni.

Kenapa nak buat bisnes Shaklee?

1.Sebab saya terasa berdosa kerana selalu terkejar-kejar untuk solat time kerja.Kadang-kadang saya terpaksa mendahulukan manusia daripada Allah.Sebab apabila habis waktu rehat 40 minit,kalau terus pergi surau,ada bos yang tak membenarkan.sebab kononnya kita nak curi lebih masa untuk rehat.Apabila kita tak terus solat,bila ada perkara urgent,memang diorang nak time tu jugak.Bos-bos bukan muslim. Tadi saya nak pergi makan tea break pun advisor Jepun saya,hempas mouse marah,sebab saya tinggalkan kerja untuk pergi makan.Jadi saya nak cari punca pendapatan lain yang membolehkan saya boleh beribadah pada Allah dengan tenang.

2.Saya nak menggembirakan hati mak dan ayah saya.Saya nak bagi mereka wang 4 angka setiap bulan.

3.Saya nak tolong saudara seagama saya di Palestin,di Gaza.Saya nak cari banyak wang.Kalau saya sendiri tak punya banyak pulus,bagaimana saya nak hulurkan nilai yang besar untuk mereka.Saya hulurkan untuk tabung palestin,tapi saya nak bagi lebih banyak,lebih besar nilainya.

3.Bukan sebab nak tolong saudara saya di Palestin sahaja,tetapi juga di Malaysia..Ini pencen kubur saya.Bila berkerja sahaja,dulu saya tak pernah amik pusing apa yang berlaku pada sekeliling.Dulu saya anti fb,lagilah saya tak tahu langsung apa maklumat terkini.Saya tak fikirkan tentang hal-hal yang lain.Saya lupa saya lupa.Saya jadi katak bawah tempurung.Saya tak rasa pun nak bantu orang lain.Saya hanya dengan dunia saya sahaja.

4.SEBAB YANG PALING BESAR ADALAH  SAYA NAK BERHENTI KERJA.SAYA NAK BUAT SESUATU YANG SAYA MINAT,YANG SAYA SUKA,SAYA NAK LEBIH MASA UNTUK SAYA BERIBADAH,UNTUK MAK AYAH SAYA,UNTUK ADIK-ADIK SAYA,SAYA NAK NILAI DALAM KEHIDUPAN SAYA ,SAYA NAK BANTU ORANG LAIN.Saya dah tak nak kerja bawah telunjuk orang,bersembah pada orang,bergaduh dengan orang pasal kerja,kena maki pasal kerja,menangis pasal kerja.Life is too short.Saya nak hidup dengan lebih tenang.Kalau sudah berumah tangga,saya nak banyak masa bersama anak-anak dan keluarga saya.Itu adalah impian saya.Kalau saya dah bergelar isteri,saya nak masak untuk suami saya,saya nak sambut dia balik dari kerja.Kalau lah kerja saya sekarang ni,masa untuk diri saya sendiri pun saya tak sempat,tak ada masa,penat,saya tak mahu beremosi kerana penat.

Adakah anda mahu bersama-sama saya dalam mencari nilai dalam kehidupan?
Adakah anda mahu mengubah kedudukan anda dari yang biasa-biasa kepada jutawan?
Adakah anda ingin menjadikan bisnes ini adalah medium untuk ada berasa dekat dengan Allah s.w.t?
Adakah anda ingin memperbaiki hati dan jiwa anda?

Jawapannya ada di Shaklee kerana anda akan jumpa ramai jutawan islam yang hebat di sini..saya mahu mengikut mereka.Anda bagaimana?


Hubungi saya untuk membantu anda..

017-6794584

0 comments:

Post a Comment