Friday 4 April 2014

Posted by Unknown On 09:29
Selamat malam semua..

Hidup ini satu perjuangan..Saya telah memegang ayat ini beberapa minggu yang lalu..
Ayat ini memang banyak memberi satu suntikan motivasi dalam diri saya.
Kehidupan selepas bergelar pelajar memang terlalu banyak pancaroba,terlalu pahit getir,banyak pengalaman yang perlu dipelajari.Terlalu banyak perkara yang perlu di tempuhi.Adakah kita redha pada takdir Allah,pada perancangan Allah atau kita marah,putus asa atau sentiasa berfikiran negative.

Pernah satu ketika dulu,saya teringat kawan sekolah rendah saya,Damithah Mohamad berkata pada saya,pada masa itu dia dah berkerja dulu dari saya,katanya kawan-kawan di tempat kerja tak sama macam kawan-kawan masa kita belajar dulu.Suasananya berbeza dan tidak sama lagi.Saya seolah-olah tidak begitu terkesan dengan kata-kata itu sebab saya tidak mengalaminya.Setelah dalam dunia perkerjaan,saya sangat-sangat faham dan percaya tentang pengalamannya itu.Ianya sememangnya tidak sama ..

Namun,saya bersyukur pada Allah kerana menjadikan salah seorang yang pernah merasai pelbagai pengalaman,pahit maung,pedih,kesusahan,kesukaran..Saya tidak menyesal walaupun saya tidak memilih jalan senang ,walaupun saya boleh hidup dalam keadaan yang sangat-sangat selesa..Saya boleh memilih jika mahu,tapi saya tak boleh mengaku kalah.Bukan kerana ego,tidak sekali kali kerana ini lah kehidupan,kita lah pelakonnya,macam mana pemikiran kita,kitalah yang mencorakkan,bagaimanakah pemikiran kita,kita lah yang tentukan,bagaimanakah iman kita,kita dan Allah yang mengetahui..

Ada orang berkata ,hidup itu satu perjudian..Kenapa perjudian?Berjudi itu sesuatu yang haram , yang di tegah oleh Allah,kenapa kita meletakkan sesuatu yang boleh memberikan kita pelbagai kebaikan,keindahan kepada sesuatu yang negative,seolah-olah kita lupakan yang adanya Allah.Ialah,berjudi itu ikut nasib.Untung sabut timbul,untung sabut tenggelam..Seolah-olah kita 100% bergantung hanya pada nasib,sedangkan kita ada Allah..Kita sendiri yang membawa aura negative dalam kehidupan kita..

Hidup itu satu perjuangan,jika kita askar di medan perang,jika di serang musuh,adakah kita pergi je serah tekak kita ni agar kena sembelih,kena tembak?Sudah tentu tidak bukan?Kita akan berjuang habis-habisan demi bangsa dan agama.Pernah tengok filem perang tak?Filem perang melayu lah,sebab nak rase semangat cintakan negara, macam mana askar Melayu di serang komunis,di serang askar Jepun..
Macam tu juga kehidupan,semakin banyak kesukaran,kesusahan,selagi itulah kita rasa nak melawan.Bukan maksudnya lawan takdir,tidak sekali kali,tetapi kita jangan putus asa,putus semangat,lagi banyak kita buat ibadah pada Allah,lagi banyak kita buat solat sunat,solat hajat,bangun Tahajjud,berzikir,baca Quran,baca munjiyat,tetapi pada masa yang sama,kita harungi juga dengan sabar,dengan tabah dan dengan redha..

Selagi kita di beri peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini,selagi itulah kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan untuk berjuang,kerana jika sudah berada di bawah sana,sudah tiada gunanya lagi..Tiada apa lagi yang dapat menolong kita selain pencen kubur yang telah kita sediakan..Sudah sediakah anda dengan pencen kubur?



0 comments:

Post a Comment