Thursday 27 March 2014

Posted by Unknown On 09:41

Apakah kegembiraan bagi anda?

Bagi saya,terlalu banyak untuk saya ungkapkan..dan segalanya sebagai DOA..Jadi saya nak tuliskan sebahagiannya di sini..agar sebelum tidur biarlah ia di serap oleh minda saya..

Happiness is..

1. saya sihat tubuh badan.
2.Mak dan ayah saya sihat dan umur panjang
3.Mak dan ayah saya tahu betapa saya sayangkan mereka dan ingat pada mereka.
4.Saya mempunyai income yang banyak menerusi Shaklee dan sumber rezeki yang lain.
5.Saya bebas dari segala hutang piutang.
6.Saya mahu menunaikan umrah bersama kedua ibu dan bapa saya,walaupun mak dan ayah dah pergi haji dan umrah,saya mahu melaksanakan ibadah ini bersama mereka.
7.Saya gembira dengan pekerjaan saya.
8.Saya dapat balik ke Terengganu pada bila-bila masa yang saya mahu.
9.Saya dapat mendirikan rumah tangga dengan insan yang saya sayangi.
10.Saya dapat bangun awal setiap pagi walaupun tengah cuti.
11.Saya dapat bangun solat tahajjud pada setiap malam.
12.Hati dan minda saya bersih dari sifat yang negative.
13.Saya akan ingat untuk baca doa dhuha(sekurang-kurangnya) dan solat sunat dhuha pada waktu cuti.
14.Saya akan baca Quran pada setiap hari.
15.Saya dapat membantu ramai orang tentang kebaikan vitamin Shaklee.
16.Saya dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan.
17.Saya dapat mendermakan dan membelanjakan harta saya ke jalan Allah.
18.Saya ingin memelihara aurat saya dengan sebaiknya dan dapat pakai purdah bila tiba waktu dan saatnya.
19.Saya ingin bercuti dan menenangkan fikiran pada bila-bila masa yang saya suka.
20.Saya ingin menjadi seseorang yang dapat menyumbangkan bakti kepada bangsa dan agama..

Lagi??Banyak sangattt lagi..

Jom tidur dulu..
Maafkanlah semua orang sebelum tidur dan fikirkan yang positif sahaja..

0 comments:

Post a Comment