Tuesday 25 March 2014

Posted by Unknown On 08:44
Hari ni terasa "blank"..sugul dan sedih..Segala-galanya adalah daripada perancangan Allah.
Pada sudut pandangan saya, sudah-sudahlah pelbagai andaian ,konspirasi yang di buat,kerana yang tahu apa yang sebenarnya terjadi hanyalah penumpang MH370 dan Allah jua..Jangan lah kita menambah dosa sendiri dengan menuduh dan membuat pelbagai telahan yang kita sendiri tidak punya bukti yang kukuh..hanya berdasarkan fikiran,bacaan,perasaan kita semata-mata.Biarlah mereka yang bertanggungjawab meneruskan misi mencari kotak hitam..

Apakah renungan dan muhasabah yang perlu kita ambil dari apa yang terjadi?
Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Allah.Kita tidak tahu bagaimanakah pengakhiran kita..Sebelum tidur ni,ucapkan dan azamkan dalam diri yang kita tidak akan lagi mengumpat,menyibuk pasal orang lain,sentiasa berfikiran positif.Manafaatkan masa yang masih di beri oleh Allah ini untuk perkara-perkara yang positif,yang baik dan membahagiakan..

Mari kita sedekahkan Al-fatihah untuk penumpang  MH370.

0 comments:

Post a Comment