Thursday 20 March 2014

Posted by Unknown On 08:42
             Asyik citer pasal vitamin je..nak juga ada iklan-iklan selingan..buat kita teringat zaman kita dulu-dulu..Zaman masa kita kecik-kecik..mana sama dengan zaman sekarang..kita dulu,komputer pun tak kenal.Saya belajar computer masa saya tingkatan 2, masuk Persatuan Komputer Sekolah.Bilik computer masa tu kecik je,air cond memang tak adalah,komputer pula jenis yang besar..org ganu kata besor bapok,x pun boleh dikatakan "bagak", besarlah.Dan masa tu bukan zaman windows,zaman DOS..hahaha..Mula-mula tekan keyboard,takut,satu-satu saya tekan tapi bukan main kuat tekan satu-satu tu.Orang ganu kata darak goh..hahahaha..Tapi zaman sekarang,budak-budak kecil pun dah pandai main I-pad,dah ada yang ada akaun FB pun ya..dan paling parah ada dalam surat khabar,kanak-kanak google website yang negative..Pengaruh yang tak baik..

Ni saya pun copy and paste dari kawan saya jugadan sy add sikit-sikit..Ada yang masa zaman saya ada yang bukan zaman saya.Bila teringat rasa indahnya dan bahagianya.Terasa ingin kembali ke zaman itu.Tetiba terasa rindu pada mak dan ayah...Ni kisah masa kita kecik-kecik dulu,untuk yang sezaman dengan saya atau kalau ada-ada yang kena juga dengan zaman  anda..

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?Mustahil tak pernah terjadi pada anda.Paling kurang pun adalah juga sikit-sikit..Bestkan,acu baca,kot-kotlah kalau tengah-tengah sedih tu,ada lah sikit rasa nak ketawa,kalau kot-kotlah tengah nak marah,jadi terhibur sikit hati,tak jadi nak marah..Tak gitu?Jom kita tengok..

1.Buka kipas , cakap dengan kipas,nak dengar suara bertukar..hahaha..masih ingat lagi..Saya penah buat ni...Seronok bebenor dengar suara sendiri yang bergema-gema tu..

2. Naik kereta,tengok bulan,terasa bulan ikut kita..Masa tu saya tak naik kereta,saya naik lori kecil ayah..

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle",rasa hebat..Yang ni saya tak berapa reti..Tengok org lain buat,hebat je..

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free,lepas ambil sekali,menyamar jadi org lain utk ambil sekali lagi..Tapi saya tak pernah buat cam ni.

5.Lukis burung dengan huruf m.Sekarang ni pun saya kalau lukis buat benda yang sama..hihi.

6.Lukis matahari kat penjuru atas kertas dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni,macam bentuk love tu..

8.Tutup peti ais perlahan-lahan sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9.Main belon sabun dalam air time tengah mandi.1jam dalam bilik air.

10.Fikir dunia kartun memang wujud.

11.Makan singgam.chewing gum tu..Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tempek tattoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab takut cepat habis.

13.Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang,nak buat kapal selam.

14.Susun kusyen dan buat seni binaan.Saya panggil main rumah-rumah..hahahaha

15. Fikir sticker lesen P  dengan L,P utk kereta perempuan,L untuk kereta lelaki.masa ni sy dah dewasa..hahaha..

16. Lepas habis periksa akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

17. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya.Pastu tak bagi kawan pinjam sebab takut tumpul.

18.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.Yang ni saya tak pernah tulis...hihi.

19.Tuang air panas kat dalam piring,sebab nak bagi sejuk,kemudian minum dalam piring.

20.Anggap zaman dulu dunia hitam putih saja.

21.Tak bagi kawan korek pensel kat dua-dua hujung sebab takut mak mati.

22.Bila black out,pakai lilin buat pelbagai aksi dengan baying-baying.

23.Sebelum minum susu kotak,koyak dulu tepi dia tengok sama ada ada tanda '-' atau tanda positif '+'..Orang cakap kalau tanda '-' tak boleh minum..

24.Tengok tanda tapak tangan,kalau berbentuk K bermaksud orang kaya kalau berbentuk m,maksudnya orang miskin.Tapi bila tengok2 tangan,rasenya tak de pulak jumpa bentuk K..hahah..ada ke?

25.Ingat kalau tertelan biji,pokok boleh tumbuh dalam perut..hahahahaha..


Betul..saya pun rindu suasana ni..Rindu kawan-kawan kat kampong,rindu segala-galanya..tapi,segalanya hanyalah tinggal kenangan yang sangat manis dalam kehidupan..

Shaklee Indipendent Distributor
Paefaizah
017-6794584


 
 

0 comments:

Post a Comment